Breaking

Thursday, January 30, 2020

Kenali Sekolah Anak Kita


Assalamualaikum! Hampir sepuluh hari daku tak menjengah blog kesayanganku ini. Macam-macam berlaku kebelakangan ni dari anak-anak demam, mamanya demam, terkejar sana terkejar sini. Dengan isu semasanya, Influenza A pastu sekarang Novel Coronavirus yang sedang menghantui kita. 

Ada pulak tu, baru-baru ni cuti Tahun Baru Cina, boleh si kakak tak tahu sekolah dia cuti sampai berapa haribulan. Sekolah rendah cuti ikut kalendar, tapi sekolah kakak extend satu hari lagi. Dia sedar pada hari kejadian, rupanya hari tu sekolahnya masih cuti! Maka melangukla dia di rumah pengasuh sampai ke petang.

Adehhh... ini kali pertama dalam hidup berlaku. Masa sekolah rendah tak pernah cuai macam ni. Tarikh cuti semua dalam tangan, semua dimaklumkan. Tapi bila masuk sekolah menengah, kita expect dia yang alert benda-benda begitu. Rupanya...hurmmmm idok la dia ambil tahu.

Natijahnya, daku membebel habis-habisan.



Cakap pasal sekolah kakak, dua minggu lepas aku menghadirkan diri ke mesyuarat pibg. Memandangkan ini merupakan pengalaman aku yang baru nak kenal sekolah kakak dengan lebih dekat, maka caranya adalah pergi ke mesyuarat ibubapa dan guru.

Yes, nak kenal sekolah anak kita macam mana kenalah hadirkan diri ke mesyuarat pibg. Baca apa yang terkandung dalam minit mesyuarat tu dan fahami masalah yang dihadapi sekolah. Barulah kita boleh bertindak mengikut situasi.






Ramai juga ibubapa yang hadir dengan pelbagai isu diutarakan dalam mesyuarat tersebut. Masalah berkaitan murid, kemudahan fasiliti dan lain-lain turut dibincangkan. Memandangkan aku pun baru nak kenal sekolah kakak macam mana, so aku duduk diam dengar je lah hehe.

Nak merungut pun takda isu setakat ni sebab anak baru Form 1 hehe. Tapi, kadang-kadang aku ada bertanyakan juga pada kakak macam mana cikgu-cikgu di sekolah dan sebagainya. 

So, kalau boleh rajin-rajinlah hadirkan diri ke mesyuarat pibg sekolah anak kita. Sekurang-kurangnya, kita tahu sekolah anak kita tu ok ke tidak, apa masalahnya dan bagaimana cikgu bertindak menyelesaikan jika timbul masalah.




Love,

Hanim

2 comments:

  1. alhamdulillah bagus kerjasama waris, guru dan pihak sekolah :)

    ReplyDelete
  2. susah juga cuti lain lain ni. Parents memang kena ambil tahu ni. Bagus kak rajin ke PIBG, at least perlu tahu apa yang patut :)

    ReplyDelete

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.