Breaking

Tuesday, January 14, 2020

Rupanya susu Farm Fresh ni...


Assalamualaikum! Produk minuman tenusu sekarang dah banyak improve dari segi perasa. Sebelum ni, perisa strawberi, coklat, vanila dan lain-lain. Tapi sekarang dah ada susu yang dicampur dengan kurma dan aku memang sangat teruja nak mencubanya.

Setiap pagi sebelum pergi kerja, cik abg akan singgah di stesen minyak dan akan beli dua kotak air milo untuk anak-anak dan sekotak susu kurma untuk aku. Jenama yang biasa aku minum ialah Dutch Lady dan Goodday. 


Tapi satu pagi, cik abg hulurkan sekotak susu kurma jenama Farm Fresh ni. Susu mana pulak ni? Ada jenama lain pulak ke? Sedap ke susu ni? Sama macam susu kurma yang lain tu ke? Tak pernah cuba, tapi ok la aku cuba minum.

Packagingnya pun lain macam, tak seperti kotak susu yang biasa aku minum. Tak perlu cucuk straw dan kotaknya comel. Tambahan pula ia tiada kandungan gula, manisnya dari pati kurma.





Rasa? Sedap menawan kalbu! Terus jatuh cinta dengan susu kurma Farm Fresh ni! Manisnya sederhana dan rasa susu segar tu yang memikat hati. Harga? mampu milik lagi la.

So dalam banyak-banyak susu kurma, susu kurma Farm Fresh ni dah jadi pilhan nombor satu. Rupa-rupanya susu Farm Fresh ni kepunyaan orang Melayu kita ye. Aku dapat tahu pun bila jenama Farm Fresh jadi sponsor utama untuk Gegar Vaganza tahun lepas. 

Wahh tahniah "Bos Susu"! :)



Moga jenama Farm Fresh dapat diperluaskan lagi lepas ni. Kualiti susu yang baik dan harga berpatutan memang mantap. 




Peminat susu segar,

Hanim

1 comment:

  1. sllu beli susu kurma ni kat mydin..
    sedap dan tak manis sgt mcm jenama lain..
    farm fresh mmg terbaik..

    ReplyDelete

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.