Breaking

Thursday, January 09, 2020

Taman Tasik Titiwangsa | Kemudahan dah ada, tapi tak reti guna?


Assalamualaikum! Itulah masalahnya dengan orang kita ni. Kemudahan dah disediakan, tapi masih tak reti guna! Tak reti atau buat-buat tak reti? Padahal dah ada simbol tanda di situ, tapi masih juga tak faham? 

Beberapa minggu lepas, kami ke Taman Tasik Titiwangsa untuk beriadah sekeluarga. Dapat peluang lihat dan menikmati kemudahan baru yang disediakan di sana. Landskap pemandangan yang indah dilengkapi dengan kemudahan trek basikal dan trek jogging yang diasingkan sebelah-sebelah.

Kiranya sebelum ni, orang yang menaiki basikal berkongsi trek dengan jogging kan, so sekarang tak perlu sebab ada trek masing-masing. Tapi bukan semua boleh patuh pada peraturan yang sangat mudah.

Trek basikal


Trek jogging/jalan kaki


Peraturan dia mudah je, ikut trek masing-masing. Kalau awak jalan kaki atau jogging, silalah beralih ke trek warna kelabu tu. Kalau awak naik basikal, kau tungganglah di laluan warna merah tu. Susah ke?? Kenapa nak kena butakan mata jalan kaki di kawasan trek basikal? Dah tu orang naik basikal pula kena mengelak awak masuk ke trek jogging. Kalau gitu apa guna ada dua trek di situ??

Rupanya susah kita nak ubat mentaliti orang. Walaupun dah boleh baca simbol, masih juga degil nak ikut kepala sendiri. Aku sendiri mengalaminya ketika naik basikal disana. Sampaikan aku terpaksa 'sound' secara sopan terhadap beberapa pengunjung di situ kerana menggunakan trek basikal untuk jalan kaki. Hok aloh ... disebabkan dia kita pulak kena ikut trek lain.




So korang kalau nak bersukan atau beriadah di Taman Tasik Titiwangsa atau mana-mana taman tasik yang ada kemudahan seperti ini, tolonglah ikut peraturan tu. Mudah je sebenarnya tau dak. Benda simple macam ni kalau kita tak ikut, akan jadi contoh tak baik pada generasi muda. 

Gunalah kemudahan tu dengan baik dan bijaksana. Ok!



Love,

Hanim

4 comments:

  1. kemudahan dh disediakan dh cantik dh..
    biasa la rkyat mesia ni.. saje nk nyusahkan org lain skali.. haha

    ReplyDelete
  2. Setuju! Ikut je peraturan settle. Nanti nak ajar kt Abg Qi bab ilmu ni bagus.

    ReplyDelete
  3. waalaikumussalam. tu la kan, kadang hairan sungguh. macam la takleh nak baca atau tengok simbol :(

    ReplyDelete
  4. Yang sedihnya, bila ke negara luar, dorang semua amaze dengan orang luar sebab dorang tertib dan ikut semua kemudahan yang diberi, tapi dekat negara sendiri, benda simple pun tak boleh nak buat.
    Sedihnya tengok. Tak susah mana pun.

    ReplyDelete

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.