Breaking

Friday, March 27, 2020

Hari ke-10 Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19


Assalamualaikum! Pejam celik pejam celik dah 10 hari kita melaksanakan PKP ye. Yang mana warga bekerja yang #workfromhome di rumah masing-masing mungkin terasa betapa lambat masa berlalu. Tapi bagi kami yang kena keja macam biasa ikut waktu ni, terasa cepat masa berlalu.

Apapun, harap semuanya sentiasa sihat dan selesa dirumah masing-masing. Di rumah kan ... mana tak selesanya. Hari ni hari penting untuk rakyat Malaysia, disaat kita semua sedang menempuhi ujian Covid-19 yang sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada kehidupan seharian. PM telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat petang tadi dan respon yang diberikan oleh rakyat rata-ratanya sangat positif.

Mesti ramai yang rasa sebak dan sedih bila PM umumkan jumlah duit yang dibelanjakan untuk menstabilkan pendapatan rakyat. Dua ratus lima puluh billion tu sungguh besar bagi aku. Kita baru je nak langsaikan hutang negara, tiba-tiba Covid-19 datang dan semua terjejas punca pendapatan.




Citer arini? Pagi tadi lepas cik abg hantar aku ke opis, dia pergi market kat old Town PJ nak cari ikan. Kami dah lama tak masuk pasar basah. Dari jam 7 lebih pagi barisan dah begini punya panjang! Mujur ada anggota MBPJ yang berkawal di luar pasar untuk mengawal pergerakan orang yang ingin masuk.

Itu pun ramai yang buat pekak bila anggota MBPJ bagi arahan jarakkan 1 meter. Kalau macam ni pesen kerjasama yang diberi, memang payah la nak memerangi wabak ni. Akhirnya, cik abg dapat beli ikan selar. Alhamdulillah ...jadila dari takda langsung. Ikan lain mahal bebenor harga! Tunggu la kerajaan bagi bantuan bulan depan kita tukar ikan lain pulak ye hehe.

Ada lagi 18 hari tempoh PKP. PM dah umum pakej rangsangan ekonomi tu, bawak-bawaklah duduk dirumah saje. Bila PM nasihat suh duk dirumah, ramai buat-buat tak dengar. Ni PM dah umum nak bagi bantuan duit, harapnya celiklah sikit mata dan telinga tu ye huhu.

#StayAtHome #Covid-19 #RestrictionMovementOrder

Love,

Hanim

2 comments:

  1. PM yg ni mcm ayah2 gitu bila buat press conference.
    sebak tiap kali dia kluar kan kenyataan.
    bertabahlah barisan kerajaan baru ni.
    naik di kala ada wabak melanda negara... dugaan.

    ReplyDelete
  2. masih ada yg degil lagi. Evem kalau scroll fb tu macam2

    ReplyDelete

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.