Breaking

Sunday, March 29, 2020

Hari ke-12 Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19


Assalamualaikum! Harini setengah hari aku pengsan! Dari siang semalam dirumah membawa sampai ke opis keje malam tadi aku tak tidur-tidur lagi. 

Pagi ni balik keje aku pergi pasar jap cari barang basah. Haritu cik abg gi beli, harini giliran aku la gi beli. Lagipun lagi puas rasa kalau aku yang gi beli hehe.

On the way balik, cik abg bagitau Mira ada tinggalkan pesanan penaja sebelum cik abg kuar rumah pagi tadi.


Tergelak aku baca list Mira ni. Anak kena perintah berkurung memang demand macam ni eh. Coco Crunch tu tak nak kalah ye nak kotak besar. Mengada tekak omputih celup ni tau. Roti banggali pujaan hati dah habis stok dirumah haha. 

Kan aku dah kata ada 'antu' roti dalam rumah ni hehe. Memang ibu ayah keluar 'berjuang' hari-hari bila roti habis. Kami beli pun dua buku kecil tu. Buku panjang tak pernah dapat memanjang dikebas orang haha.


Tadi abah bagi wassap, bantuan makanan dah sampai dengan selamat. Alhamdulillah rezeki abah dan mak. At least bantuan makanan ni dapat mengurangkan pergerakan abah di luar. Aku risau tiap kali abah kena keluar pergi kedai.

Sejak kena PKP, abah terpaksa beratur luar supermarket Family Store sebelum dibenarkan masuk. Abah tu manala larat berdiri lama. Sebab tu kalau tak perlu membeli, abah takkan pergi mana-mana.

Oh cakap pasal bantuan, harini aku skrol fb semua citer pasal kecoh artis minta bantuan, founder minta bantuan. Maklumla, setengah hari pengsan, petang baru tengok fb hehe. Dalam hal ni, tiada keistimewaan untuk mana-mana golongan kecuali semuanya sama rata sebagai warganegara Malaysia. Kalau ada pun, gelandangan, ibu-ibu tunggal, para nelayan, para penoreh, miskin tegar dan miskin bandar la yang lebih layak diberi bantuan khusus seperti yang dilalakkan oleh beberapa orang artis di Malaysia ni. Dengan makcik Kiah pun nak berebut...apppadaaaa!

Sebab itu pentingnya hidup bersederhana. Tak semua benda kita boleh tayang dengan megah di media sosial. Walaupun itu hak masing-masing tapi berpada-pada lah juga. Apatah lagi yang 'bising' tu yang suka menayang kemewahan. 


Dari kita mengadap isu yang tu, baik lah kita doakan warga Sungai Lui di Hulu Langat yang akan menjalani PKPD sepenuhnya bermula jam 12.00tgh malam ni, moga dilindungi dan dipermudahkan urusan.

Sama2 kita bendung wabak Covid-19 dengan patuhi PKP dan #stayathome.

#RestrictionMovementOrder #KitaJagaKita 

Love,

Hanim

No comments:

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.