Breaking

Monday, March 30, 2020

Hari ke-13 Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19


Assalamalaikum! Sepatutnya harini aku sambung ganti puasa, tapi entah macam mana aku terlupa nak niat malam sebelum. Nampaknya kena bring forward ke hari Rabu. Itupun kalau aku tak lupa lagi huhu.


Hari ni aku masak. Beberapa hari ni cik abg yang kerap masak. Aku macam takda perasaan nak masuk dapur. Tapi hari ni aku plan nak masak salah satu lauk kegemaran aku...asam pedas tetel!





Dah lama tak makan asam pedas tetel. Bila masak ni teringatla mak di kampung. Air tangan mak la paling sedap kalau masak apapun kan. Walaupun tak boleh lawan mak punya asam pedas tetel, tapi aku puas dapat masak dan makan satu keluarga.

Asam pedas tak lengkap tanpa bendi dan tomato. Dua sayur ni pelengkap asam pedas tetelku. Masak asam pedas ikan pun aku akan masukkan bendi dan tomato. Baru nikmat kan!

Tapi yang paling best, Mira makan empat kali arini gara-gara asam pedas tetelku haha. Sedap katanya walaupun pedas hehe. Menambah-nambah dia makan. Aku pulak naik takut hehe. 

Alhamdulillah selera anak-anak aku dah boleh terima lauk pedas terutama Mira. Tapi sambal dia tak boleh terima lagi. Kalau asam pedas memang laju dia makan! 



Harini aku terjumpa satu posting tentang sumbangan derma untuk Zoo Negara. Dalam keadaan sekarang, bukan manusia je terkesan tapi haiwan-haiwan dalam zoo pun turut sama terkena tempias akibat Covid-19.

Sama-samalah kita bantu sikit sama sikit supaya haiwan dalam zoo boleh juga meneruskan kehidupan. Mereka tiada 'suara' untuk meminta bantuan, maka kitalah yang perlu menjadi suara bagi pihak mereka.


#StayAtHome #Day13 #Covid19 #RestrictionMovementOrder

Love,

Hanim 

1 comment:

  1. waduhhh ! sedapnye menu ^^

    https://www.nurulsyahirah.com/2020/03/5-tips-kukuhkan-kewangan-buat-fresh-graduate.html

    ReplyDelete

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.