Breaking

Tuesday, March 31, 2020

Hari ke-14 Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19


Assalamulaikum! Kita dah sampai ke penghujung dua minggu pertama perlaksanaan PKP akibat Covid-19. Pastu kena sambung lagi dua minggu oiii!  Berapa markah perseratus nak bagi kat rakyat Malaysia dalam dua minggu ni?? Aku bagi 45% je! Attitude orang Malaysia masih ramai yang tak semenggah. Masih keluar di jalan-jalan, masih degil ingkar arahan. Hari ni saja tangkapan dibuat sebanyak 700+. Orang lain punya la dengar arahan duduk dirumah, tapi ada jugak mangkuk ayun yang tak reti bahasa masih berada di luar rumah waktu-waktu begini.

Maka bermula esok, pihak polis dan tentera akan menjalankan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan lebih tegas dari sebelum ni. Lepas ni jangan nak maki-maki polis dan tentera sebab diaorang dah bagitau dalam sidang media petang tadi. 

UPDATE : DITANGGUHKAN

Tengok perancangan PKP oleh kontinjen polis Terengganu di atas ni, so orang Tengganu kalau nak keluar kena ikut tarikh yang ditetap mengikut no. plate kenderaan masing-masing. Tapi kalau korang termasuk dalam essential service dan no. plate korang tak sama pada hari yang ditetapkan masih boleh lepas kot sebab ada surat dari jabatan kan. 

Memang kena buat macam ni la nampaknya, sebab jalan lembut tak 'jalan' tuk orang Malaysia ni. Kita nak putuskan rangkaian Covid-19 ni mudah je tapi kalau takda kerjasama dari semua memang payah nak hapuskan wabak ni.

So, pakat-pakat la bagi kerjasama ye. Kalau bazar Ramadan ditakdirkan takda tahun ni, at least....at least kita masih boleh balik ke kampung beraya berkumpul bersama keluarga semua. 

Takkan itu pun tak boleh fikir!

Lastly on the 31st of March. Aku terima email..


Korang dapat?

#StayAtHome #RestrictionMovementOrder #KitaJagaKita #Covid19

Love,

Hanim

No comments:

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.