Breaking

Friday, March 20, 2020

Hari ke-3 Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19


Assalamualaikum! Jenuh juga duduk di rumah bagi orang yang tak biasa ni kan. Anak-anak terutama Mira hari-hari mengadu bosan bosan. Kita suruh melukis, mewarna dia tak nak. Kaki tu nak berjalan je kejanya. Tapi dia agak rajin la menolong kemas rumah. Kemas sikit-sikit la hehe.

Sekarang musim hujan waktu petang. Sejak perintah kawalan pergerakan ni, terasa malas yakmat nak ke kedai. Walaupun kedai makan, warung semua tutup tapi kedai runcit dan pasaraya ada masanya penuh dengan orang. Waktu pagi memang takkan keluar sebab tahu kedai runcit mesti ramai makcik-makcik berkerumun beli barang dapur. Terpaksa menunggu petang lepas hujan sebab time tu ramai orang.

Tapiiii bila sampai kedai, barang pulak habis! Ikan lembik, bawang besar bawang kecil tinggal yang kecut je. Mujur lah di rumah ada sikit lagi. Tapi syukur jugak, kedai runcit kat rumah ni masih ada barang dapur lagi. Tak macam dekat pasaraya yang habis sokmo.


Petang tadi si kecil tu ada cerita, mama sebenarnya virus "KORONA" ada dalam Iqra' maa. Adik tunjuk ye.

Dia pun berlari masuk bilik amik Iqra' lama dia dan tunjuk kat aku. Baris kedua nombor lima.... 

قرن

Aah la hehe kebetulan ada pulak ejaan Qo Ro Na dalam Iqra' tu ye. Tapi kebetulan je jangan ada spekulasi pula hehe.

Petang tu pulak aku jumpa satu 'kitab' lama. Abg aku dok menggeledah bilik kecil nak cari barang, sekali terjumpa kitab ringtone Nokia ni hehe. Wow! rare benda ni. Siapa yang guna phone Nokia dulu je yang tahu era kegemilangan ringtone ni haha. 

Siap ada kitab dengan pelbagai kod untuk dapatkan ringtone lagu-lagu gempak huhu.





#StayAtHome #Covid-19 #KitaJagaKita #RestrictionMovementOrder

Love,

Hanim

No comments:

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.