Breaking

Saturday, March 21, 2020

Hari ke-4 Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19


Assalamualaikum! Dah beberapa hari tekak ni tak merasa roti canai. Lalu bergerak la kaki ini ke kedai roti canai mamak 800 meter dari rumahku. Mujurlah ada kedai mamak tu jadi penyelamat. Sejak perintah kawalan pergerakan ni dijalankan, segala warung dan gerai tepi jalan tidak dibenarkan beroperasi. Hanya kedai mamak, restoran dan fast food je yang dibenarkan.

Sampai di kedai mamak, aku order 8 keping roti canai kosong. Kemudian aku bergerak cari ruang jarakkan diri dengan pelanggan lain yang juga sedang menunggu roti canai. Atas meja ada surat khabar hari ni.



Allahuakbar. Perkataan "darurat" adalah perkataan terakhir yang kita nak dengar dari PM. Kalau boleh kita tak nak sapa-sapa isytihar darurat, tapi hari ni saja ada 4 kematian akibat Covid-19 yang dilaporkan. Salam takziah buat keluarga yang terlibat.

Sedih tak tahu nak kata apa ....

Moga tak perlu kita rakyat Malaysia lalui "darurat". Sebab darurat adalah jalan terakhir kalau semua usaha pencegahan Covid-19 tidak berhasil. Moga PKP ni dapat memutuskan 'rantai' jangkitan wabak Covid-19. Tapi masih ada segelintir rakyat yang masih tak peduli tentang arahan Perintah Kawalan Pergerakan sekarang. Sedih, geram, marah bila tengok masih ada yang keluar beramai-ramai sedangkan arahan dah jelas.




Hari ni aku masak selauk je, kari sotong. Teringin pula tekak ni nak makan kari ha. Semalam aku buat ayam masak lemak cili api licin dikerjakan anak-anak. Tapi si kecil tu tak berapa minat dengan sotong pulak. So dia makan nasi putih dengan kuah kari. Tu pun dia menambah 3 kali!

Kami 3 beranak je la perabihkan kari sotong. Allahu ... sedap la pulak haha. Kena pulak dengan bendi ..oooooohh la laaaa.




Petang tadi hujan selebat-lebatnya, mulala budak-budak ni mengalunkan 'zikir' lapar lapar haha. Tengok dalam peti sejuk ada sosej, keju, roti gardenia ada sikit lagi dan bread crumb yang aku beli kat Speedmart minggu lepas. 

So, terhasillah roti sosej cheese! Aku buat sama-sama ngan kakak, dia memang dah lama teringin nak buat sendiri roti sosej macam crumbso jual tu. Kitaorang buat dua versi, roti sosej (tanpa cheese) dan roti sosej cheese. Licin 12 ketul kesemuanya!

Beginilah bila duduk dirumah saja. Perut tu akan lapar tambah lepas hujan hehe. Barang nak masak ada takda hal, kalau takda yang tu malas nak keluar rumah tu huhu.

#StayAtHome #Covid-19 #KitaJagaKita #RestrictionMovementOrder

Love,

Hanim

No comments:

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.