Breaking

Thursday, March 26, 2020

Hari ke-9 Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19


Assalamualaikum! Hari ni plan nak gi kedai Zam beli ikan. Dah berapa hari tak makan ikan, rindunya pada ikan pari ikan tenggiri ikan jenahak huhu. Tapi kedai Zam masih tertutup rapat, moga dia dan isteri sihat-sihat hendaknya.

Lalu aku pergi ke supermarket. Murung jap tengok sayur-sayuran di rak...kosong! Mungkin kehabisan bekalan atau bekalan sayur masih dipertengahan jalan. Aku tak boleh tunggu lama, terpaksa ambil yang perlu saja dan keluar dari situ. 

Minggu ni kerap juga aku call abah, bertanyakan khabar dia dan mak. Apa-apa hal abahlah yang kena bergerak ke sana sini. Risau tapi apa boleh buat, aku disini dia disana. Bila abah cakap topup handphone dia dah habis, hiba rasa hati. Terus aku topupkan secara online. Walhal, dia cakap tu nada biasa-biasa je tapi aku rasa nak nangis terbang balik je sekarang! 



Oh ya, malam ni aku buat pembelian yang tidak disangka-sangka. Sarung tangan getah, facemask dan hand sanitizer...tiga barang ni macam 'pisang goreng panas'! Cukup payah nak dapat kat farmasi-farmasi. Orang yang menjual pun jenis harga tak mampu milik.

Orang gaji kecik macam aku mana mampu nak beli lebih dari RM50. Tapi bila kawan aku ada jual ready stock disposable glove, aku terus pm dia. Aku amik sekotak, selebihnya untuk kawan aku di opis. Pukul 8 lebih order pukul 9 lebih runner dia sampai rumah. Yang penting bukan pre-order, sebab sekarang banyak scammer huhu.

Selesa la sikit pakai glove bila kami laki bini nak beli barang nanti. Dalam tak sedar tangan kita banyak menyentuh, elok la ada glove pakai buang ni ha.



Dua kampung kat Simpang Renggam, Kluang dah kena perintah berkurung sepenuhnya. Allahuakbar...moga tempat-tempat lain tak dikenakan perintah berkurung juga ye. Kena PKP ni masih boleh keluar beli barang keperluan, tapi kalau dah kena perintah berkurung sepenuhnya, memang 'lumpuh' terus pergerakan di luar.

So hati-hati dan #stayathome

#Covid19 #StayAtHome #RestrictionMovementOrder 

Love,

Hanim


5 comments:

  1. Waalaikumussalam. Semoga dipermudahkan segala urusan kita sepanjang PKP ni. Aamiin

    ReplyDelete
  2. more days to sleep and work from home

    ReplyDelete
    Replies
    1. lucky for those who can still be in comfort and work from home :)

      Delete
  3. kata nyer ulu langat pun bakal lockdown.
    sebab covid tinggi.
    dan ketidakpatuhan pun tinggi!
    tak tau la ye ke tidak. adik beradik aida semua kat daerah ulu langat tu.
    aduhai...

    ReplyDelete

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.