Breaking

Tuesday, April 21, 2020

Adakah PKP penyebabnya?



Assalamualaikum! Dah masuk PKP fasa ke-3, moga semuanya sihat dan baik-baik belaka. Moga sihat fizikal, mental dan rohani. Luar dan dalam. Ye la time PKP ni memang sesuatu yang sukar untuk semua orang. Tak boleh keluar, tak boleh berkumpul, tak boleh melakukan urusan seperti biasa macam dulu.

Jujur, aku mengaku aku juga terkesan dengan PKP. Fasa pertama dan kedua aku ok lagi, tapi masuk fasa ketiga seperti terumbang-ambing sedikit. Nak kata stres terkurung, takda yang berubah sangat pun. Aku kena juga keluar pergi bekerja.

Nak kata tak cukup makan, alhamdulillah walaupun tak mewah tapi barang asas dapur cukup. Cuma hati tu rindu nak balik kampung. Rindu nak naik bas macam dulu. Rindu nak bawa mak pergi Family Store beli barang. Mujurlah bulan awal bulan Mac aritu aku sempat balik jenguk mak dan abah, kalau tak lagi tak stabil emosi aku ni.



Kadang-kadang kita rasa kita ni cukup sihat, cukup fit. Tapi dalam pada kita sihat tu, mungkin perasaan dan emosi kita terganggu. Tak banyak, sikit kan. Sama la ngan aku. Fikiran berkecamuk ke ape aku tak pasti. Yang pastinya, pagi tu aku gosok gigi dengan pencuci muka weh! haha.

Ye, bila dikenang balik kelakar siot! 

Aku keje malam, Subuh tu nak solat la, pergi gosok gigi basuh muka. Tengah dok gosok gigi, tak terasa 'berangin' seperti selalu. Tapi aku teruskan jugak tenyeh gigi sampai la aku terpandang pencuci muka kat tepi sinki ....Allahuakbar! hahaha.

Adehhh parah sungguh ni! Patutlah tak 'berangin' bila gosok gigi. Aduhhh tepuk dahi aku. Mujur sorang-sorang masa tu, kalau tak dah kena 'bahan' setahun dengan rakan sekerja haha.

Ini yang dinamakan di bawah pengaruh separuh sedar hehe. Fizikal di depan cermin, jiwa di tempat lain haha. So moral of the story ialah ... sebelum picit ubat gigi tengok dulu yang dipicit tu ubat gigi atau benda lain ye haha.


Surviving PKP3,

Hanim

4 comments:

  1. Hehehe...sampai macam tu sekali...itu tanda stress tapi yang lawaknya silap ubat gigi pun nak bagi hilang stress tu

    ReplyDelete
  2. Alamak Hanim..macam dh parah je tu..sin baik akak ok lagi..setakat salah masuk bahan dalam masakan tu biasa..huhu...

    ReplyDelete
  3. Betul memang terganggu emosi sejak PKP ni kita pun duduk rumah terperap jer stresss..

    ReplyDelete
  4. Nasib baik x pening lalat. Hehe

    ReplyDelete

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.