Breaking

Wednesday, April 01, 2020

CoVID-19 | Hari ke-15 PKP


Assalamualaikum! Harini merupakan fasa kedua perlaksanaan PKP seluruh negara. Dalam fasa pertama polis dan tentera boleh berlembut lagi. Masuk fasa kedua yakni hari ni, diaorang akan lebih tegas dan keras. Dalam t.v dah kabo kan, nak keluar rumah, nak bergerak keluar dari kawasan kena ada bukti. 

Kalau kena kerja kena ada surat majikan. Kalau nak pergi ke satu-satu tempat kena ada alasan dan bukti kukuh. Alasan saja memang dia akan cakap, "PUSING! PUSING BALIK!" hahaha. Ko jangan main-main.

Tapiiiii kalau 'ngauman' abg polis pun tak 'jalan', mungkin kita boleh renung dan tenung gambar dibawah ni lama-lama sikit.



Jujur aku cakap, aku takut dengan alat ni sebenarnya. Bertambah ketakutan aku bila tahu alat ini yang digunakan untuk prosedur intubasi pesakit CoVID-19! Ia datang dalam pelbagai saiz ye puan-puan ...aiyoooooo! 

Kalau macam ni, aku tak nak pergi kerja la. Aku nak amik cuti sampai semua CoVID-19 ni berakhir. Biar orang yang degil keras kepala yang masih nak keluar rumah takda tujuan tu yang gantikan aku. Nak sangat keluar kan! Aku tak sanggup nak rasa tekak kena sodok dengan alat ni. Korang nak ke?? Walaupun aku difahamkan prosedur ni dibuat bila pesakit ditidurkan tapi bila sedar nanti mesti tekak rasa tak selesa kan huhu.

Aku takmoooooo!



sumber : fb dr. rafidah


Kalau masih juga tak timbul kesedaran tentang betapa seriusnya wabak CoVID-19 ni dan betapa seksanya pesakit-pesakit yang dalam rawatan intubasi tu sedang hadapi sekarang, aku tak tahu la nak kasi tunjuk apa lagi kat orang-orang yang degil di luar sana.

Tu pasal la kita kena patuhi PKP selama dua minggu ni. Biarlah tiada bazar Ramadan sepanjang bulan April ni asalkan wabak CoVID-19 dapat diputuskan dengan jaya dan tiada lagi kes baru yang akan muncul.

Takkan la korang tergamak nak sarung baju raya macam kat bawah ni....




Aku memang tak nak! Ini bukan baju raya yang aku idam-idamkan untuk tahun 2020 ni. Tapi kalau keadaan masih tak berubah atau bertambah teruk (minta dijauhkan) mungkin baju raya kita semua akan jadi seperti di atas hehe.

Kalau aku terpaksa pilih antara yang empat ni, aku pilih yang kaler pink. Boleh bawa tidur sekali haha. Heyyy jangan ye jangan keluar rumah.

#StayAthome #StopCovid19 #KitaJagaKita #RestrictionMovementOrder


Love,

Hanim

No comments:

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.