Breaking

Saturday, April 11, 2020

CoVID-19 | Hari ke-25 PKP


Assalamualaikum! Sejak pengumuman PM membenarkan beberapa sektor perniagaan seperti kedai hardware dibuka dua kali seminggu, ramai yang memberikan respon berbeza.

Tapi bila kedai gunting dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP ni, rata-rata masyarakat kita tidak berapa setuju dengan langkah tersebut.

sumber : facebook


Kerajaan dinasihati supaya menangguhkan dahulu operasi secara berperingkat segala sektor ekonomi yang terpilih termasuk perkhidmatan gunting rambut di negara sekurang-kurangnya selama dua minggu lagi.- Ketua Pengarah Kesihatan.

Jujurnya, bukan aku je yang tak setuju dengan langkah ini, tapi KKM sendiri pun minta kerajaan tangguhkan dulu. Tukang gunting rambut sendiri pun tak nak amik risiko bukak kedai dalam tempoh PKP ni. Matlamat kita semua adalah untuk hapuskan rantaian CoVID-19 tapi ia takkan tercapai kalau kedai-kedai yang bukan keperluan dibuka semula. 

Lagipun memang takkan ada tukang gunting rambut kita yang boleh gunting rambut dari jarak satu meter macam kat atas ni. 


Dan yang paling tak bestnya, dah ada rekod kematian tukang gunting rambut akibat CoVID-19 kerana mempunyai close-contact ketika menggunting rambut pelanggan.


Walaupun ini berlaku diluar negara, tapi jangan ambil mudah ye. Tak berbaloi pergi kedai potong rambut kemudian disahkan positif CoVID-19. Kita pergi beli barang tu pun tetap ada risikonya, tapi memandangkan ia satu keperluan maka ia dibenarkan dengan syarat penjarakan sosial dan penjagaan kebersihan diri yang betul.

Buat masa ni, apa saja perkhidmatan/perniagaan yang melibatkan sentuhan mungkin perlu ditunda sehingga wabak ini dapat dihapuskan sepenuhnya. Kalau perlu potong rambut tu, potong la sendiri takat mana yang boleh dulu. Jangan keluar rumah dan bantu frontliners kita dengan mematuhi arahan PKP.

Love,

Hanim

1 comment:

  1. alamak.. tanggung dulu la yang rambut tu
    inila masanya kalo nak try simpan rambut panjang hehe ooor suruh jela sapa2 tolong trim sementara.

    ReplyDelete

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.