Breaking

Tuesday, April 14, 2020

CoVID-19 | Hari ke-28 PKP


Assalamualaikum! Hari ni hari terakhir PKP fasa kedua. Esok bermula PKP fasa ketiga, bermaksud tindakan dan penguatkuasaan terhadap pelaksanaan PKP akan menjadi lebih ketat dan tegas. Tadi menteri dah kabor lepas ni pihak polis tidak akan bertumpu kepada denda RM1000 kepada yang ingkar PKP tapi akan direman dan dihadapkan ke mahkamah untuk didakwa. Dari situ, hakim akan memutuskan jenis hukuman yang sesuai.

Bayar seribu tak jadi masalah kot, sebab aku tengok makin ramai yang keluar setiap hari terutama lepas PM umum tempoh PKP dilanjutkan sehingga 28 April ni. Amboiiii seribu tu banyak tau dak. Kalau tak sayang duit sekalipun, sayangla nyawa tu! Nah, sekarang duit tak laku tapi kalau kena cekup terus kena tahan reman woi! 

sumber : fb 

Kalau denda duit tak jalan, tahan reman tak jalan, dakwa di mahkamah tak jalan, jangan sampai kena swab ye. Haritu aku dah kongsikan prosedur swab tu macam mana kan. Hari ni ada orang kongsikan rupa bentuk swab tu macam mana.

Panjang sebatang pen! Macam hidung dicucuk pen tapi sampai ke dalam ....erkkkk!

So ko bayangkan benda sepanjang itu dimasukkan ke dalam pangkal tekak dan pangkal hidung! Dimasukkan dan dipusing-pusing pulak swab tu kemudian baru dikeluarkan.

Tengok video orang yang buat swab test tu kena godok pun boleh rasa kepedihan dan keperitannya. 

Tak berbaloi ...



Stay At Home,

Hanim

No comments:

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.