Breaking

Wednesday, April 15, 2020

CoVID-19 | Hari ke-29 PKP


Assalamualaikum! Tahun ini dalam sejarah pendidikan negara apabila Menteri Pendidikan mengumumkan hari ini bahawa peperiksaan UPSR dan PT3 2020 dibatalkan akibat wabak CoVID-19. Sementara itu, SPM, STPM, STAM, SVM dan peperiksaan setaranya ditangguhkan ke suku pertama tahun 2021.

Ok la kan, demi kebaikan anak-anak kita juga. Virus CoVID-19 tidak mengenal umur, tua dan muda boleh kena. Buat masa sekarang mungkin inilah langkah terbaik untuk semua.

Anyway, hari ni juga dalam sejarah aku berjaya buat pancake! Ye agak kepoyoan bunyinya di situ kan hahaha. Tapi kegembiraan, keterujaannya rasa macam dapat Thermomix sebiji! muahahaha :p


Nak cerita pasal pancake ni, sehari sebelum tu aku suh cik abg beli baking powder sebab nak buat pancake ni la. Petang tu aku ngan Mira dua beranak excited la nak buat. Bancuh la semua adunan macam dalam resepi tu. Dah siap bancuh, panaskan kuali non-stick pan dan ready nak masak.

Dah masak satu letak atas pinggan. Kami punya la suka ni sebab tekstur dia sebiji macam pancake lembut elok licin. Sekali aku pun cubit nak rasa sikit. Phuiiii! Apasal kelat pahit ni?? Aduhhh nak kata terlupa semua dah cukup ramuan.

Lalu aku angkat baking powder tadi dan aku baca ...."BAKING SODA". Pusing belakang baca ...."Soda bikarbonat ini sesuai digunakan ....." Heyyyyyyy ini baking soda daaaaaaaaa! Adoiiiii cik abg aku salah beli hahaha.

Patutlaaaaa pancake aku tak jadi rasa punah ranah haha. Hari ni cik abg try sekali lagi gi beli. Baking powder bangggg ingat ...baking powder bukan baking soda. Ada "soda" kat situ takmo arrr.

Akhirnya cik abg berjaya bawa balik baking powder yang sebenar haha. Dan aku pun berjaya hasilkan pancake gebu gebas ni untuk kakak berbuka puasa. Dia cicah ngan susu pekat sebab Nutella sudah habis. 

Esok dia minta aku buat donat pulak. Ok fine janji duduk di rumah.



Love,

Hanim

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.