Breaking

Thursday, April 23, 2020

CoVID-19 | Hari ke-37 PKP


Assalamualaikum! Hari ini adalah hari terakhir bulan Syaaban dan esok kita semua umat Islam akan mula berpuasa seperti yang telah diumumkan tadi. Berpuasa dan menjalani ibadah di bulan Ramadan dengan situasi wabak Covid-19 sekarang bukanlah apa yang kita dambakan tapi ia juga tidak terjangka. Segalanya Allah punya daya dan kuasa.

Apapun, aku tak expect PM akan buat pengumuman tentang PKP bakal dilanjutkan. Aku ingatkan sekadar ucapan selamat menyambut Ramadan dan nasihat berkaitan PKP. Tapi seperti orang lain, aku juga memang dah jangkakan PKP akan dilanjutkan, tunggu PM umumkan je.


Walau berat untuk terima, namun kita semua kena redha. Ibadah puasa akan tetap diteruskan namun pasti akan ada kelainan tahun ni. Takpelah ... demi keselamatan semua terutama pada insan yang kita sayang biarlah berpuasa dan beraya dalam keadaan PKP sekali pun.

So get ready untuk berhadapan dengan Fasa ke-4 PKP bermula 29 April sehingga 12 Mei 2020. PM pun dah bagi hint mungkin juga PKP akan berlanjutan sehingga lepas raya. 




Selain PKP dilanjutkan, PM pun ada umum bagi kebenaran kepada mereka yang terperangkap di kampung sejak bermulanya PKP 18 Mac lalu untuk pulang ke rumah masing-masing. Untuk tujuan tu, mereka perlu mohon dalam aplikasi 'Gerak Malaysia' atau pergi ke balai polis berdekatan. Ingat ye, mereka yang di kampung nak balik ke rumah saja bukan dari rumah nak balik kampung ...faham?

Untuk pelajar pula, kerajaan akan beri KELONGGARAN SEDIKIT pada pelajar-pelajar yang 'terkurung' di IPT sepanjang tempoh PKP yang lepas untuk pulang ke pangkuan keluarga. Banyak kali PM ulang .... KELONGGARAN SEDIKIT ye, bukan longgar banyak hehe. Tapi bukan pulang sesuka hati ye, kena ikut prosedur yang ditentukan nanti. 

Moga kita semua tabah menghadapi PKP fasa seterusnya. Teruskan patuh pada PKP, duduk di rumah dan sentiasa jaga kebersihan. 

Salam Ramadan buat semua umat Islam

Love,

Hanim

2 comments:

  1. bersambung lagi MCO tapi tak apalah demi kebaikan semua
    salam ramadhan qareem.. selamat berpuasa =)

    ReplyDelete

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.