Breaking

Wednesday, April 29, 2020

Fasa 4 PKP | Hari ke-43


Assalamualaikum! Mulai hari ini, setiap isi rumah boleh keluar dua orang sekali untuk pergi beli barang. Bermaksud dua orang dari satu rumah boleh keluar untuk beli barang keperluan. Tapi jarak pergerakan masih dalam lingkungan bawah 10km.

Anyway, walaupun ada penurunan kes sepanjang minggu ni dan mencatat bawah 100 tapi kita tak boleh senyum lagi. Walaupun angka turun ke dua digit tapi kes baru masih lagi dicatatkan bermaksud ada lagi orang di luar sana yang berkemungkinan positif Covid-19. Apatah lagi Dr. Hisham mengesahkan tadi ada 30 strain baru dari virus Covid-19 yang telah dikesan!

sumber : thevocket.com



So ape citer tak best arini? Citernye ada orang salah faham dengan penerangan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Hisham dalam sidang media harini. 

Entah apa yang merasuki diaorang sampai 'menyerang' IG Dr Hisham dan KKM dengan membabi buta tanpa fahamkan ayat sebenar yang cuba disampaikan.

Kita mengucapkan bahasa yang lebih kurang sama, tak sama seratus peratus tapi sepatutnya boleh faham lebih dari bangsa lain. Tapi nampaknya diaorg pun dua kali lima!

sumber : thevocket.com

Natijahnya, lain yang kita sampaikan lain pula pemahaman mereka. Sebab itu, penting sangat sebelum kita nak tuduh orang lain, kita fahamkan konteks sebenar. Kan dah jadi fitnah.

Caption di IG KKM jelas menyatakan pelajar dan warganegara Malaysia yang pulang dari Indonesia. Bukan keseluruhan kes Covid-19 berasal dari sana. Ni apa yang teruk sangat tak faham bahasa ni?

sumber : ig kkm


Bak kata arwah P. Ramlee, "Dah tua pun bodo!" Tu bukan aku cakap  P. Ramlee yang kata ye. 

Macam-macam hal la.


Hanim

1 comment:

  1. Ini pun nak jadi isu. Adoiiii

    Jemput join segmen ni k. Ucapan kata semangat untuk frontliners kita. Semoga mereka terus bersemangat dan dipermudahkan segala urusan.

    https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1

    ReplyDelete

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.