Breaking

Thursday, April 02, 2020

Jolok buah kelapa!


Assalamualaikum! Baru teringat nak simpan sini satu cerita masa aku balik kampung hari tu hehe. Awal bulan Mac aku ada balik sebelum PKP. Aku balik kampung bukan saja goyang kaki tunggu mak masak. Ada keja aku menanti di situ.

Sebab kerja tu aku je anak yang sanggup dan larat nak buat. Dan aku tak sampai hati nak biarkan mak dan abah buat sendiri. Yang mana aku terdaya aku akan buat dan aku akan pastikan tiap kali aku balik aku buat.





Selalu balik kampung, task aku bersihkan kebun, siram pokok, sidai baju, lipat baju, lap kipas, mop lantai, pergi Family Store. Tapi bila abah suh amik buah kelapa atas pokok, automatik kederat perempuan tukar kederat jantan😂 Ayam-ayam pun tak sangka boleh jolok 6 biji kelapa. Terasa timbul otot-otot tangan ni😂😂

Seumur hidup aku inilah kali pertama aku kena jolok buah kelapa. Bukan jolok dari bawah ye dan bukan juga aku kena panjat. Tapi guna tangga hahaha! Ye la, aku mana reti panjat pokok kelapa. Pokok rambutan bolehlah. Tak pernah-pernah aku jolok buah kelapa, hari tu aku kena jolok.




Tapi kerja tetap aku mesti tebang pokok pisang. Kalau balik, inilah yang aku hadap. Rimas tengok daun pisang yang mati terkulai layu tak dibersihkan. Abah pulak tak larat so akulah yang hadap.

Puas hati tengok bila kebun pisang yang sekangkang kera ni dah terang benderang. Pokok pisang abah ni bukan setakar kat belakang ni je, tapi sampai ke tepi rumah sana. Dimana ada pokok pisang, disitulah aku akan bekerja hehe.

Tipulah kalau aku cakap aku tak nak balik kampung. Tapi demi keselamatan dan kesihatan mak dan abah, aku kena tunggu sampai semua wabak CoVID-19 ni dapat dihapuskan sepenuhnya. Moga Allah lindungi kita semua...aamiin.


Love,

Hanim

1 comment:

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.