Breaking

Thursday, April 23, 2020

'Mahal'nya Ustaz Ebit Lew


Assalamualaikum! Macam-macam hal la. Orang kita ni memang busuk hati tak habis-habis. Baik orang biasa, baik ustaz, baik PU atau apa saja la label syok sendiri yang diaorang ada. Sana sini berdegang canang dosa orang macam diri tu maksum sangat ye bhai!

Lagi kau kecam, lagi hebat kau dapat kecaman balik. Orang time macam sekarang ni nak tengok, nak rasa aura positif dan baik je. Aura dengki busuk hati mengecam orang lain buat orang menyampah meluat orang tak suka tau dak. Ustaz sama ustaz pulak tu! Heyyy bengong berganda-ganda. Kami yang orang biasa pun geleng kepala dengar. 

Besar sangat ke dosa UEL pada orang yang mengecam dia tu? Kalau kau tak boleh setuju atau support apa dia buat, kau senyap boleh tak. Yang menderma tak bising, kau yang tak menyumbang satu sen pulak yang nak canang haram halal orang.


sumber : fb UEL

Aku tak suka tengok orang berbalah buat benda baik. Hakikatnya bukan semua ustaz boleh buat macam mana UEL buat selama ni, takda ustaz atau PU atau mana-mana public figure lain yang turun kawasan sampai depan pintu rumah bagi bantuan. Dan yang paling 'mahal' UEL ni, dia masuk sampai kawasan non-muslim! Yang mengecam tu pernah masuk tak kawasan non-muslim dan bagi bantuan pada mereka? Sudi tak nak carikan rumah sewa untuk gelandangan dan bayarkan untuk mereka?

Bertabah la UEL, anda insan terpilih yang ditugaskan Allah untuk memberi dakwah dengan cara pendekatan anda tersendiri. Lagi kuat agama di dada lagi tinggi ujian dia. Allah Maha Mengetahui niat baik dalam hati ustaz.  Teruskan menyantuni saudara seislam dan bukan Islam kerana anda sangat istimewa dihati kami. Sesungguhnya, muslim dan non-muslim sangat menyayangi dan menghormati UEL. Yang dua tiga ekor panas hati tu abaikan je la.


Sayangi ulama',

Hanim 

1 comment:

  1. sedihnya lagi datangnya dari orang yang ilmu agama tinggi..
    sedih sangat. kita ni dala x mampu nak buat kebajikan macam UEL.. jangan la kecam..
    murah rezeki dia sentiasa..

    xpe UEL.. semua ni dugaan Allah nak angkat martabat..
    tabah dan sabar..

    ReplyDelete

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.