Breaking

Thursday, April 30, 2020

Menu Ramadan | Resipi Sotong Sumbat



Assalamualaikum! Tiap kali Ramadan datang, menu sotong sumbat memang menjadi kewajipan buat keluarga Haji Hashim dan Mak Eton. Dari zaman budak-budak sampai dah kahwin anak dua sekarang ni, menu sotong sumbat memang antara makanan kegemaran aku ketika berbuka puasa. 

Ada orang panggil sotong sumbat ni ketupat sotong. Mana-mana pun boleh janji hasil kejadiannya sama hehe. Ni nak pecah rahsia, kita first time masak sotong sumbat ni (haha). Selama ni mak Eton yang masak, tapi sejak PKP ni takleh nak balik kampung kan, dah tu bulan puasa pulak nak tak nak kena masak sendiri la.




Sotong Sumbat

Bahan-bahan :

8 ekor sotong saiz besar atau sederhana besar
1 cawan beras pulut
1 biji kelapa parut (ikut sotong banyak mana)
satu sudu besar halba
garam secukup rasa


Cara-cara memasak :

1. Tanak beras pulut atas api sederhana. Tak perlu rendam beras pulut dan sukatan air macam masak nasi tapi kurang sedikit. Dah masak tutup api biarkan sejuk.

2. Bersihkan sotong macam biasa. 

3. Pulut tadi yang dah disejukkan cubit sikit-sikit sumbatkan dalam badan sotong tadi. Pastu cucuk ngan lidi untuk 'tutup' bahagian atasnya.

4. Sediakan pati santan dari kelapa parut tadi. Panaskan dalam periuk atas api sederhana kecil. Jangan api besar nanti santan 'pecah minyak'.

5. Tabur halba dalam pati santan. Biarkan santan tu panas mendidih kecil, baru masukkan sotong yang disumbat pulut tadi. Biarkan api sederhana kecil. Kalau api besar, nanti sotong pecah terburai pulut.

6. Sotong dah kembang maksudnya dah masak la. Tabur garam secukup rasa, kacau sikit lagi kasi rata. Boleh tutup api dan hidangkan.



Beginilah kejadian sotong sumbat yang dah masak. MasyaAllah sedap yakmat! Tak boleh lari dari puji masakan sendiri hahaha. First time buat dah terer ni, boleh repeat lagi. Cukup rasa lemak dan manis sotong tu, kena pulak dengan pulut perghhhh!

Selamat mencuba!

Love,

Hanim

1 comment:

  1. Abg ipar ada buat ni aritu. Hehe..

    Jemput join segmen ni k. Ucapan kata semangat untuk frontliners kita. Semoga mereka terus bersemangat dan dipermudahkan segala urusan.

    https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1

    ReplyDelete

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.