Breaking

Saturday, April 11, 2020

Shopee | Blank White Canvas Art


Assalamualaikum! Musim PKP semua pergerakan keluar terbatas. Dah dekat sebulan PKP, bermakna dekat sebulan jugalah dua beradik tu tak keluar rumah. Bila tak keluar, maka perlu diadakan aktiviti dalam rumah supaya tak bosan.

Buat homework saja tak cukup excited untuk diaorang. Kena ada aktiviti sampingan, hobi yang dapat release tension sebab terkurung di rumah. Kakak pernah cakap dia nak mewarna macam dalam video 5-minutes Craft tu, so ibu belikan White Canvas Art ni di Shopee dalam beberapa saiz.


Ibu ingatkan canvas art ni mahal, rupanya murah bebenor. Dalam RM5 dah boleh dapat saiz besar. Ibu beli dua saiz besar, dua saiz kecil. Harga yang kecil sekali tu hanya dalam RM3 je. Ibu tak pasti kakak dan adik suka saiz yang mana, sebab ibu nak surprisekan diaorang gigih la ibu rahsiakan dulu hehe.

Bila barang sampai di tangan, alhamdulillah excited sungguh diaorang tak sabar nak mewarna!




Tanpa berlengah masa, kakak terus memulakan karya seni dia. Temanya, pemandangan. Katanya nak buat sunset. Ibu perhatikan je, guide apa yang ibu tahu. Maklumla, ibu bukan pro dalam bidang seni lukis dan warna ni hehe.

Dan hasilnya ....


Sunset in the desert by Wani

Geometry by Wani

Cherry Tree by Wani


Inilah hasil karya kakak yang pertama kali dihasilkan guna canvas art. Puas hati dia! So, canvas art dah habis digunakan, dia minta lagi haha. Nampaknya ibu kena beli banyak sikit la. Sekarang hasil karya ni semua digantungkan di dinding bilik diaorang. 

Seronok juga tengok kakak begitu bersungguh belajar menghasilkan seni guna cara baru ni. Asalkan ada aktiviti untuk mengisi masa lapang,  betul tak.

Love,

Ibu

2 comments:

  1. eyhhh adik Wani.. cantik dan kemas lukisannya
    kalo suruh acik lukis memang x nampak rupa

    kipidaaap dan selalu2 practice =)

    ReplyDelete

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.