Breaking

Monday, April 27, 2020

Shopee | Sambal Malas & Sambal Gila Dari Betty's Kitchen


Assalamualaikum! Alhamdulillah syukur kita dah masuk dalam bulan Ramadan 1441H. Walaupun tahun ni kita berpuasa dalam suasana ujian Covid-19 yang masih berpanjangan dari bulan Januari, tapi aku sangat bersyukur masih diberikan kesempatan untuk merasai nikmat Ramadan yang sangat-sangat dirindukan dan dinantikan oleh seluruh umat Islam di dunia.

Mesti kita semua ada persiapan untuk Ramadan ni kan. Selain niat nak perkemaskan ibadah dan menambah pahala, mak-mak macam kite ni mesti fikir nak masak ape la untuk berbuka dan bersahur nanti. Dah la hari-hari time PKP ni mak-mak asyik masak je kan. Aku pun cemuih makan lauk sendiri haha. Nak membeli kedai tak bukak. So, aku kena ada lauk back-up!


Apa lauk back-up aku? Haaa aku kena ada sambal ready-to-eat. Dua benda yang menaikkan selera aku, pedas dan sayur. Tak pedas tak syok la. Takda sayur tak syok jugak. Nak masak sambal hari-hari macam tak praktikal pulak. So, untuk menampung selera pedas tapi sedap ketika bersahur dan berbuka puasa, aku dah usha produk-produk sambal di Shopee.

First time aku beli dan try Sambal Malas dan Sambal Gila ni. Nama memang tak semenggah langsung haha tapi review banyak 5 star, so as long as produk #BMF dan berpatutan apa salahnya ktia cuba ye tak. Yang suka pedas berdengung tapi sedap boleh cuba dua jenis sambal ni. Kepedasan kekal di lidah selama satu jam dan kadangkala tangan pijau juga haha.





So bila aku terasa nak makan sambal, aku bukak cedok satu sudu Sambal Gila atau Sambal Malas ni dan makan dengan telur mata dan nasi putih panas-panas. Apa beza dua sambal ni? Sambal Malas ni sambal kosong dan Sambal Gila ada ikan bilis ngan petai/jering.

Goreng dengan spaghetti pun syok wooo! Cicah dengan jemput-jemput (welkam-welkam) pun terangkat der! haha. Aku order 14hb sampai di tangan 20hb, kira ok la memandangkan tempoh PKP ni pergerakan pos agak terhad dan mengambil masa. 

Love,

Hanim

No comments:

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.