Breaking

Tuesday, April 28, 2020

Tiga menu ringkas berbuka puasa


Assalamualaikum! Since tiada bazar Ramadan tahu ni, kenalah masak sendiri. Hari pertama dan kedua Ramadan, cik abg jadi chef di dapur menyediakan juadah berbuka puasa. 

Hari ketiga dan keempat, giliran aku pulak sediakan makanan berbuka. Menu hari ketiga takda nasi hehe. So, aku gorengkan kuey tiow kerang. Kebetulan rezeki dapat kerang hari tu, terus cik abg beli sekilo. Walaupun kecil tapi cantik isinya.


Kali ni aku letak tauge dan tauhu goreng. Sebelum ni aku goreng 'bodo' je cuma letak fishcake dan daun kucai. Yang ni aku letak semua yang sepatutnya ada dalam kuey tiow goreng hehe. Baru betul kuey tiow goreng! Kena pulak ada kerang..fuh laju je makan.

Nak tak nak kakak dan Mira kena makan. Alhamdulillah boleh pulak diaorg telan. Siap Mira bagi perabih kuey tiow malam tu jugak. Tapi kerang dia pass kat kakak dia hehe. Pelik aku budak bertuah ni...kerang tak makan, sotong tak makan, sayur tak makan tapi taugeh dia telan hahaha!


Menu kedua, aku buat pancake. Ni kali kedua aku buat. Hari tu besar gedabak pancake aku. Kali ni aku buat saiz comel lote besar kuih keria je. Bila kecil sedap la makan, tak muak.

Sapu pulak dengan Nutella pergh ... muka ada senyum woooo. Ni pun licin dikerjakan dua beradik tu.


Menu terakhir ialah bubur chacha. Lama dah teringin nak makan. Balik kampung aritu ingat nak mintak mak masakkan tapi tak sampai hati
sebab mak dah buatkan kek gula hangus.

So, aku nekad buat sendiri. First time aku buat alhamdulillah jadi. Keladi payah nak jumpa so aku letak keledek je. MasyaAllah terus hilang kempunan aku hahaha.

Hari tu tak jamah nasi langsung. Sahur pun sekadar ulang makan bubur chacha dan air milo. Anak-anak dah ada roti buat alas perut. 

Alhamdulillah...

Love,

Hanim

No comments:

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.