Breaking

Saturday, May 02, 2020

4 Mei 2020 | Peluang & Risiko


Assalamualaikum! Semalam PM mengumumkan kelonggaran bagi beberapa sektor awam dan swasta beroperasi semula bermula 4 Mei 2020. Syarikat-syarikat besar dan kecil dibenarkan dibuka semula dengan syarat mengikut SOP yang dikeluarkan KKM.

Untuk rakyat marhaen, PKP tetap berkuatkuasa tapi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan memberi sedikit kelonggaran untuk mereka keliar bekerja. Namun balik kampung dan keagamaan masih tidak dibenarkan. 

Kes pertama, semalam petang aku nak gi cari kuih muih buat berbuka puasa. Since kat kawasan rumah ni tiada yang meniaga melainkan KFC, MCD, kedai kek dan kedai mamak jadi aku pergi ke kawasan 'jiran' sebelah iaitu Ampang Hilir.



Selalunya, kawasan ni tak ramai orang tapi petang semalam selepas pengumuman PM kawasan tempat membeli ni tetiba sesak dengan pengunjung! Motor dan kereta mula memenuhi jalanraya macam hari-hari biasa. 

Parkir kereta dan motor penuh, dan orang mula bawa keluar pasangan atau berjalan dengan kawan pergi membeli makanan. Sampaikan aku cakap ngan cik abg, "Tak sempat tunggu 4 Mei semua pakat serbu harini". Kami pergi ke gerai yang jual pelbagai jenis kuih-muih, roti john, kebab, nasi lemak dan murtabak. Semua ni dibawah satu bumbung. 

Mujur ada orang tolong jagakan barisan dan jarak sosial. Sorang keluar sorang masuk. Yang lain beratur 1m di luar tali. Diaorg akan tanya nak beli apa, then hanya tempat itu saja yang kita boleh pergi kemudian beratur di kaunter untuk bayar.

Persoalannya, bila dah start PKPB nanti adakah kita mampu berdisplin menjaga jarak sosial ketika membeli-belah? Dalam tempoh PKP ni orang kita ada yang cukup displin tak? Adakah jika tuan punya kedai makan akan memastikan SOP dipatuhi? Adakah kita perlukan orang lain menyuruh kita jaga jarak sosial sentiasa? 


sumber : siakapkeli

Aku pergi pasar basah kat kawasan rumah ni pun rasa seram tengok orang kerumun beli barang. Kes kedua, semalam pagi aku ingat nak cari ikan, dah la ada dua tiga tempat je yang jual disitu. Tapi semua penuh dengan orang! Last-last aku berani pergi kat bahagian sayur dan ayam je. Itupun tiada barisan dan tiada pengawasan dari sesiapa. Pandai-pandai kita sendirilah jaga jarak sosial tu. 

Orang tua dan warga emas macam tak peduli tu semua. Semua pakai mask tapi jarak tak jaga tak guna. Pasar tu tempat penuh kuman dan yang datang ialah orang tua sama banyak dengan orang dewasa. Kalau pihak PBT ada mungkin boleh kawal, tapi tempat yang tiada PBT?

Yang buat aku geleng kepala, masa nak balik tengok ada makcik atas kerusi roda sedang pilih barang disitu. Aduhhhh...dengan takda facemasknya! Kau rasa kalau ada DBKL kat situ diaorng nak bagi ke makcik tu masuk pasar? Sedangkan yang sihat pun boleh terjangkiti Covid-19. Moga anak atau cucu makcik tu reti la basuh dan sanitize kerusi roda tu bila balik rumah. 

Jika dalam tempoh PKP ni pun kita dah gagal jaga jarak sosial di tempat awam, agak-agaknya bila start PKPB minggu depan dimana lebih ramai dijangka akan keluar rumah, bolehkah kita berdisplin ketika di dalam shopping mall atau di dalam restoran atau ketika membeli makanan atau di pasaraya dan pasar basah?

Aku tidak kondem keputusan kerajaan kerana aku faham keperluan untuk orang yang perlu keluar bekerja dan meniaga kerana jika tiada kerja maka tiada gaji untuk mereka. Tapi tolonglah tolong tolong tolong tolong tolong tolong tolong displinkan diri jaga jarak sosial bila di tempat awam. Jangan tunggu pihak PBT atau orang lain suruh baru kita nak jaga. Kalau perlu tegur, tegurlah orang sekeliling tu. Aku dah banyak kali tegur pakcik makcik bab jarak sosial ni. 

Tolong jaga diri dan keluarga, amalkan kebersihan dan jaga jarak sosial. Lagi satu, ingat setiap tempat yang kita pergi atau singgah. Catatkan di handphone tarikh dan lokasi untuk rujukan dimasa kecemasan. 

Kita saja yang boleh jaga diri kita. Semuanya bermula dari diri kita sendiri. Ingat, musuh kita masih bebas di luar. Jangan kerana kita cuai tak jaga diri, wujud kluster baru dua minggu kemudian.


Hanim

1 comment:

  1. ramai ang risau tentang ini. semoga Allah menjaga seluruh rakyat malaysia.

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.