Breaking

Friday, May 01, 2020

Fasa 4 PKP | Hari ke-45


Assalamualaikum! Tak tahu nak respon macam mana dengan pengumuman PM harini. Rata-rata mempunyai pendapat berbeza dalam kelonggaran yang diumumkan. Kita dah masuk fasa ke-4 PKP dan betul kes baru kita konsisten dua digit sejak minggu lepas.

Ramai kan yang dah tahu bermula 4 Mei 2020, hampir semua sektor akan beroperasi semula tapi dengan SOP yang ditentukan oleh KKM.

Walaupun bukan semua sektor tapi kelonggaran ini diberikan berikutan kita telah rugi RM63 billion sepanjang PKP dilaksanakan. Ekonomi negara perlu dijana semula dan beberapa sektor perlu beroperasi.



Sektor awam dan swasta dibenarkan beroperasi, namun majikan kena buat sistem penggiliran bekerja untuk staf mereka. Opis aku pun dah keluarkan senarai nama yang akan datang ke pejabat ikut giliran. 

Tapi masih ada beberapa sektor yang tak dibenarkan beroperasi buat masa ini terutama yang melibatkan perkumpulan beramai-ramai dan balik kampung termasuk dalam senarai. So takda open house raya, takda kunjungan sanak saudara berhari raya. 


Kedai makan dan restoran dibenarkan beroperasi tapi perlu patuh pada SOP. Jika terbit kes positif Covid-19 disitu maka kedai makan dan restoran akan ditutup dan dikenakan PKPD.

Secara peribadi, aku risau sekiranya kelonggaran ini disalahgunakan atau tiada kesedaran dikalangan kita akan menyebabkan gelombang kedua wabak Covid-19 meletus kembali. Nauzubillahiminzalik!

Walaupun ada SOP tapi semuanya berbalik kepada diri sendiri untuk patuh atau tidak. Sedangkan PKP pun mereka ada yang ditangkap kerana ingkar, tak jaga jarak sosial.


China dan Jepun dua negara yang baru-baru telah isytihar bebas Covid-19 dan semua jenis sekatan telah dibuka semula, terpaksa dikenakan lockdown kali kedua kerana wabak Covid-19 kembali 'menyerang' warganya secara mendadak. 

Sebab itu, KKM menegaskan kawalan di sempadan negara perlu diperketatkan walaupun dalam negara telah diberi kelonggaran. Apapun, kita sendiri kena sentiasa alert dan elakkan dari berkumpul di tempat awam. Kalau dah tahu ramai orang kat situ, pergilah tempat lain.

Orang Jepun yang berdisplin tu pun boleh tersilap langkah....

Sentiasa jaga kebersihan dan jaga jarak anda,

Hanim

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.