Breaking

Sunday, May 03, 2020

Fasa 4 PKP | Hari ke-47


Assalamualaikum! Hari ini kes baru naik lagi tinggi berbanding semalam. Menjelang PKPB yang dikuatkuasakan esok, peningkatan kes ini dilihat agak membimbangkan. Dari 122 kes, 52 kes adalah kes import manakala 70 adalah kes tempatan. Seperti kata Dr. Hisham, virus ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Oleh itu warga emas, bayi dan kanak-kanak serta mereka yang mempunyai penyakit kronik lebih mudah terdedah dengan risiko jangkitan.

Warga emas dinasihatkan supaya kekal duduk di dalam rumah dan elakkan dari keluar sekiranya tiada tujuan yang penting dan jelas. Elakkan 3C ini :

  • Crowded space - kawasan yang sesak
  • Confined space - tempat yang terkurung
  • Close conversation - perbualan/percakapan pada jarak yang dekat

Kluster Pasentran, Kluster Sendayan, Kluster Selayang, Kluster Gereja Kuching, Kluster Petugas Kesihatan Kuching semuanya merekodkan pertambahan kes baru Covid-19 hari ini.

Lebih membimbangkan, telah wujud kluster baru ketika ini iaitu, Kluster Tapak Pembinaan Kuala Lumpur yang mencatatkan kes Covid-19 sebanyak 28 kes. Siasatan masih dijalankan.


                         sumber : SH


Esok akan bermulanya operasi sektor ekonomi, kecuali di lapan buah negeri yang mahu menangguhkan dan memperhalusi garis panduan PKPB sebelum membuat keputusan. 

Bagi yang akan memulakan perniagaan, KKM menggesa agar mereka mematuhi SOP, yang mana sekiranya gagal tindakan penutupan premis akan dibuat jika terdapat kes positif Covid-19 di situ.

Untuk pengangkutan awam pula seperti komuter, LRT, Putra dan sebagainya, telah dipasang tag berwarna untuk pengguna. Jarak sosial 1 meter mesti dikekalkan ketika didalam pengangkutan awam.

Datuk Ismail Sabri juga memaklumkan susulan dari PKPB bermula esok, dibenarkan keluar maksimum 4 orang dalam satu kereta dengan syarat dari rumah dan keluarga yang sama. Untuk rekod, sebelum ini hanya dibenarkan seorang kemudian minggu lepas dibenarkan dua orang satu kereta.


                             sumber : PublicHealthMalaysia


Mari kita lihat pada satu kejadian Kluster Restoran yang berlaku di Guangzhau, China bagaimana kesan pengudaraaan yang tidak baik dan penggunaan air-conditioner boleh menyebabkan penyebaran virus Covid-19 di kalangan pelanggan yang datang makan.

A1 yang tidak bergejala dengan mudah menyebabkan jangkitan kepada orang di sekelilingnya. Bila tengah makan, sudah tentu topeng muka perlu dibuka dan biasanya akan berbual dengan orang sebelah. Ini menjadikan tempat makan tersebut berisiko menyebabkan penyebaran virus.

Jika ingin membeli makanan, pastikan tapau dan balik, atau menggunakan online food delivery atau memasak sendiri di rumah.

Pilihan di tangan kita. Kita sendiri yang perlu jaga diri kita. Sampaikan pesanan dan kegusaran ini pada ibubapa kita dan warga emas kerana mereka lebih berisiko dijangkiti. Bak kata Dr. Hisham, the safest place is at home.


Stay safe stay clean,

Hanim

1 comment:

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.