Breaking

Sunday, May 03, 2020

Foodpanda Tawarkan Contactless Delivery Untuk Pesanan Makanan Dari Rumah


Assalamualaikum! Seperti saranan Ketua Pengarah Kesihatan kita, Dr. Hisham Abdullah mengatakan bahawa langkah proaktif bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 selain dari penggunaan topeng muka dan hand sanitizer adalah dengan mengelakkan kontek fizikal secara terus dengan orang lain. Oleh itu, semua restoran dan kedai makan ditutup kepada orang awam seluruhnya.

Since kita tak boleh makan di dalam restoran, tentu semua orang akan buat pesanan makanan dari rumah. Untuk tujuan itu, foodpanda telah menetapkan polisi "Contactless Delivery" bermula 18 Mac 2020 sepanjang PKP ini untuk para pelanggannya bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19. Cara ini sekaligus juga dapat melindungi "rider" dan pelanggan dan penghantaran makanan ke rumah menjadi lebih selamat dan cepat.

Kita yang duduk di rumah hanya perlu pesan makanan secara ONLINE FOOD DELIVERY dan boleh maklumkan pada "rider" untuk buat "Contactless Delivery". Cara ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan tiada kontek secara terus antara "rider" dan pelanggan. 

    sumber : google


Eh bukan tu je tau, foodpanda juga memastikan "rider" mereka memakai topeng muka dan "hand sanitizer" sepanjang proses membuat penghantaran makanan ke rumah, pejabat atau dimana saja. Lagipun, "rider" kita ni adalah golongan "frontliners" yang setiap hari bekerja menjalankan tanggungjawab demi keselesaan kita yang berada di rumah.

So, kita kena prihatin dan cakna dengan kebajikan dan kesihatan diaorang juga. Barulah "rider" boleh bekerja dalam suasana yang selamat dan bersih serta memberi perkhidmatan yang lebih efisien. Apapun, mereka juga tetap kena pastikan tangan sentiasa dibasuh dengan air dan sabun serta dibekalkan "hand sanitizer". 

Bukan saja penjarakan sosial tapi penjagaan kebersihan diri juga mereka titikberatkan. Virus Covid-19 ni bukan boleh dilihat dengan mata kasar, sesiapa juga ada risiko untuk dijangkiti. Jadi, eloklah kalau mereka sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah untuk melindungi diri.


    sumber : malaymail


"Contactless Delivery" itu apa dan macam mana? Contactless Delivery adalah  perkhidmatan penghantaran makanan tanpa sentuhan. Maksudnya, kita tak perlu ambil pesanan makanan terus dari "rider" tapi, pesanan makanan itu akan ditinggalkan di hadapan rumah atau premis. Of courselah, "rider" akan maklumkan pada kita sebelum tu. Macam mana nak mohon? Senang je, kita hanya perlu buat pesanan makanan seperti biasa di apps foodpanda. Kemudian sebelum nak buat bayaran online tu, tinggalkan pesanan di bahagian mesej (chat).

Hanya taip "Contactless Delivery" melalui chat. Nanti bila "rider" dah sampai ke rumah atau pejabat atau premis, dia akan beritahu kita melalui panggilan atau di chat yang makanan telah pun sampai.

Dalam proses ini, "rider" juga akan pastikan pematuhan jarak sosial 1 meter dari pelanggan dipatuhi sentiasa. Kita hanya perlu sahkan pesanan makanan yang dihantar. 

Proses dah selesai dan bolehlah kita menikmati makanan dengan yakin dan gembira. Senang, cepat dan selamat! Tiada kontek terus, tiada risiko dijangkiti Covid-19. 




Foodpanda adalah perkhidmatan penghantaran makanan yang pertama  di negara ini yang menyokong usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mengekang wabak virus ini. Secara jujurnya, inisiatif dari foodpanda ini sangat aku setuju dan hargai. Selain KKM, kita juga perlu memainkan peranan samada sebagai penyedia makanan atau pelanggan untuk mengelakkan risiko dijangkiti.

Lagipun, dalam keadaan sekarang dimana kes Covid-19 agak membimbangkan jadi takkanlah kita nak ambil risiko keluar rumah untuk beli makanan saja. Tak berbaloi kot. Lebih baik kita gunakan teknologi di hujung jari dan biarkan foodpanda buat segalanya untuk kita. Kita sebagai pelanggan tak perlu rasa risau dan "rider" rasa  lebih selamat dan boleh terus buat penghantaran ke destinasi lain tanpa ragu-ragu. Inilah baru betul perkhidmatan mesra rakyat. 

Tenaga jimat, masa jimat, kita pun kekal selamat dalam rumah. Yang penting, kita berjaya membantu KKM mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

Terima kasih foodpanda kerana memudahkan yang mudah. Mari sama-sama kita tingkatkan usaha untuk putuskan rantaian jangkitan Covid-19. Di samping itu, kita sokong usaha murni foodpanda dengan menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan mereka. 

Kekal di rumah, selamat dan sejahtera.



1 comment:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.