Breaking

Wednesday, May 06, 2020

Kalau aku boleh ulang balik UPSR ...


Assalamualaikum! Cita-cita aku dulu nak jadi cikgu. Teringin nak mengajar anak murid dalam kelas. Subjek yang aku suka ialah Matematik, walaupun dulu aku selalu gagal atau dapat markah cukup-cukup makan je kertas Matematik SPM peperiksaan awal dan akhir tahun huhu. Tapi dari kegagalan tu lah akhirnya aku berjaya dapat A2 untuk Matematik SPM 2000. Bila dapat A terus jatuh cinta dengan subjek ni. Baru sedar Matematik ni senang je janji kita fahamkan soalan. Tak faham soalan yang aku asyik gagal tu huhu.

Tapi sehebat-hebat aku merancang, rupanya tiada 'jodoh' aku dalam bidang perguruan. Rezeki aku dalam bidang meteorologi namun bila dah ada anak ni aku dapat kejar semula cita-cita aku nak jadi guru, walaupun hanya sekadar guru di rumah :).


Betullah mengajar anak time PKP ni memang mencabar! Cabaran dia bukan saja nak bagi faham apa yang diaorang dah belajar di sekolah, tapi nak memahamkan diaorang subjek yang diaorang belum lagi diajar di sekolah. Sungguh, aku tabik pada guru! Nak mengajar sorang pun turun naik nafas ni ha, macam mana la cikgu di sekolah ajar 30 lebih orang murid tu ye. Terima kasih cikgu.

Hari tu cikgu Mira bagi homework topik yang diaorang tak pernah belajar lagi. Ye la, time PKP macam ni tak sempat la belajar topik tu di sekolah. Bila aku tanya apa tu perimeter, luas dan isipadu menggeleng dia. Hurmm...nampak gaya kena ngajar dulu asas dan formula. Pastu kena terangkan supaya dia faham kehendak soalan. Sambil buat latihan sambil tu aku ajar. Yang mana kena hafal, yang mana kena tahu baru boleh jawab soalan.


Agak mencabar bila ada soalan penyelesaian masalah. Aku kena bagi dia faham kehendak soalan dan bawa keluar clue dari soalan tersebut yang boleh digunakan untuk selesaikan soalan dan dapatkan jawapan. Serius lah ... makin banyak aku ajar dia makin banyak yang aku boleh ingat balik tentang pelajaran lama-lama. Ni yang aku rasa nak ambil balik UPSR ni! hehehe....

Matematik ni kalau kau hafal sifir, hafal formula dan faham soalan insyaAllah kau boleh jawab dengan mudah.


Love,

Hanim

3 comments:

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.