Breaking

Monday, May 11, 2020

Menu Ramadan | Asam Pedas Petai Ikan Tenggiri


Assalamualaikum! Siapa peminat petai sila angkat tangan! Petai ni sedap makan pedas-pedas kan. Macam buat sambal petai. Tapi kali ni aku teringin nak makan asam pedas petai hehe. Sebenarnya, arini suh cik abg cari bendi, tapi katanya bendi tu dah lisut dan ada kesan orang patahkan hujungnya.

Ni nak bagitau, ada ustaz kabor (nama ustaz lupa dah) sebenarnya haram kita patahkan hujung bendi tu kalau tak jadi beli. Itu dikira sebagai merosakkan barang penjual. Tak boleh kita sesuka hati patahkan hujungnya kemudian letak balik dan ambil yang lain.

Cara aku pilih ialah dengan tengok pada saiz dan 'kelembutan' bendi tu. Aku suka pilih saiz sederhana dan kalau picit sikit dia lembut. Bendi besar-besar ni biasanya liat.




Asam Pedas Petai Ikan Tenggiri

Bahan-bahan :

8 ketul ikan tenggiri
4 ulas bawang merah (dicincang halus)
4 ulas bawang putih (dicincang halus)
3 sudu besar cili kisar (ikut tahap kepedasan yang dikehendaki)
2 batang serai dititik
1 sudu halba
1 sudu serbuk kunyit
air asam jawa
daun limau purut
petai
garam secukup rasa


Cara-cara :

1. Panaskan minyak, api sederhana. Masukkan halba, kacau sehingga hampir kekuningan.

2. Masukkan bawang merah, bawang putih, serai dan daun limau purut. Kacau sampai naik bau.

3. Masukkan cili kisar, kacau sehingga pecah minyak. Kalau nak sedap tumis cili tu lama sikit sampai pecah minyak.

4. Masukkan air asam jawa, kacau dan biarkan ia mendidih atas api sederhana.

5. Masukkan ikan tenggiri satu persatu. Biarkan ia mendidih. Masukkan serbuk kunyit dalam kuah dan kacau perlahan.

6. Masukkan petai, kacau dan biarkan ia mendidih seketika sehingga ikan masak. Tutup api dan siap dihidang.


Pelengkap asam pedas ni sebenarnya ialah sayur. Takda sayur tak syok makan. Bila ada petai lagi terangkat!

Selamat mencuba.


Love,


Hanim

1 comment:

  1. Sedapnya asam pedas ikan tenggiri. Lama tak makan. Nak masak asam pedas sedap tak pandai sangat. huhu

    ReplyDelete

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.