Breaking

Tuesday, May 05, 2020

Menu Ramadan | Resipi Bubur Chacha


Assalamualaikum! Masa kecik-kecik selain bubur lambuk, inilah bubur yang menjadi kegemaran dan kewajipan setiap kali datang bulan puasa. Bubur chacha yang paling sedap dah tentu yang mak masak. Tapi anaknya tahu makan je masa tu hehe.

Untuk Ramadan tahun ini, aku kena buat sendiri sebab tak boleh balik kampung kan. Bukan aku tak nak buat dari dulu lagi, tapi peminat bubur chacha dalam rumah ni hanya aku sorang je. Bila teringin kita pun cari la kat bazar tapi hampa, tiap kali beli tiap kali tu lah tak menepati piawaian yang kita nak.

Ada yang kuah cair dan tawar. So, kali ni aku buat sendiri. Masak sikit tapi puas hati boleh makan ulang-ulang dan tahan 2-3 hari kalau letak dapat peti sejuk.





Bubur Chacha


Bahan-bahan :

1 cawan chacha (sebab aku makan sorang)
1 batang keledek oren (aku guna setengah je)
3 helai daun pandan (dicarik dan diikat)
pati santan (dari 1 biji kelapa parut)
1 ketul gula melaka (yang tinggi tu)
3 sudu gula pasir (ikut tahap kemanisan yang dikehendaki)


Cara-caranya :

1. Basuh bersih chacha dan rebus sehingga lembut. Keledek dipotong dadu dan dibasuh serta direbus sehingga lembut. Kemudian toskan kedua-duanya dan letak tepi.

2. Basuh gula melaka, potong pada bahagian yang kecil (supaya cepat cair dalam air mendidih). Didihkan gula melaka dan daun pandan dalam periuk dengan 1 cawan air. Bila gula dah cair, tutup api dan letak tepi.

3. Pati santan yang diperah tadi dipanaskan dalam periuk, api sederhana. Gula melaka dimasukkan dalam sekali bersama daun pandan. Kacau perlahan.

4. Agak-agak dah mendidih kecil, masukkan chacha dan keledek tadi. Masukkan gula dan kacau lagi.

5. Jangan biarkan lama sangat sampai pecah santan, api kena sederhana je. Dalam 15 minit camtu, dah boleh tutup api dan sejukkan. Bubur chacha siap dihidang.

Aku tak letak sagu sebab chacha dan keledek saja dah cukup sedap. Keladi payah nak cari time PKP ni, jumpa keledek je.


Selamat mencuba!


Love,

Hanim

No comments:

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.