Breaking

Monday, May 04, 2020

PKP 5 PKPB | Hari ke-48


Assalamualaikum! Hari ini bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang memberi kebenaran kepada sektor ekonomi dan industri untuk memulakan operasi mengikut SOP. Seperti yang dijangka, orang ramai mula keluar bagi memenuhi tuntutan kerja. 

Dalam tempoh PKP yang kita telah lalui dan sedang lalui sekarang, pemandangan orang beratur itu telah menjadi salah satu norma baru dalam kehidupan. Kenapa aku cakap norma baru? sebab kaedah beratur tidak berapa digunapakai dalam kehidupan biasa kita sebelum ini. Kalau ada pun beratur ketika di sekolah dulu.

Antara pemandangan orang beratur yang kita telah lihat ialah beratur ketika mengambil duit BPN di bank, PATI beratur untuk dibawa ke depo imigresen, beratur ketika hendak masuk ke pasaraya dan lain-lain.





Tapi yang paling meruntun hati, ialah bila hari ini orang ramai beratur panjang untuk masuk kedai pajak gadai. Bagi yang bekerja dan masih ada gaji, ini mungkin tidak berlaku pada mereka. Tapi untuk mereka yang masih tak pasti bagaimanakah mereka akan meneruskan hidup selepas ini, mungkin ini sajalah cara yang ada buat masa ini untuk memastikan kehidupan dapat diteruskan.

Sedangkan baju kita pun tak sama, apakan lagi poket kita. Moga virus Covid-19 segera berlalu pergi biarpun kita terpaksa bermula dari bawah sekali lagi. 




Seperti yang diumumkan oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri, kluster baru iaitu Kluster Tapak Pembinaa Kuala Lumpur di Ampang telah dikesan. Oleh itu, Kementerian Kerja Raya telah menutup kawasan tersebut untuk dinyahkuman.


Susulan itu, mesyuarat telah dibuat dan memutuskan untuk mewajibkan pekerja asing membuat saringan kesihatan atau swab test dan kos saringan perlu ditanggung oleh majikan. Swab test akan dimulakan di Wilayah Persekutuan.

PKPD di Malayan Mansion, Selangor Mansion, Menara One City dan sekitar Jalan Masjid India telah pun tamat semalam dan pergerakan adalah seperti biasa.

Manakala, PKPD Sg. Lui, Ulu Langat akan tamat esok.

Susulan PKPB, tiada lagi syarat radius 10km tapi perjalanan rentas negeri masih tidak dibenarkan.

Bagi premis-premis perniagaan yang didapati telah melanggar SOP, orang ramai diminta menghubungi :




  • Laporkan pada balai polis terdekat
  • Laporkan pada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Talian hotline MKN : 03-88882010






No comments:

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.