Breaking

Wednesday, May 13, 2020

PKPB 2 | 13 Mei 2020


Assalamualaikum! Sejak kerajaan memberikan kelonggaran PKPB, hampir kesemua sektor dan industri kembali beroperasi namun perlu mematuhi SOP dari KKM. 

Tapi ada juga yang mengambil kesempatan keluar membawa keluarga membeli belah persiapan sempena Hari Raya. Walaupun ia dibenarkan, ibubapa perlu ingat untuk tidak membawa anak-anak kecil mereka kerana selain warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik, kanak-kanak juga berisiko terdedah kepada Covid-19.

Apatah lagi sistem imunisasi badan mereka masih lemah dan pemakaian topeng muka pada anak kecil tidak sesuai kerana akan menyukarkan mereka untuk bernafas.

sumber : fb AhmadNaim



Menurut Dr. Hisham, kes baru yang rendah dicatatkan ketika ini adalah hasil dari PKP 1, PKP 2, PKP 3 & PKP 4. Kejayaan perlaksanaan PKP ketika kemuncak wabak Covid-19 dilihat berjaya menurunkan kes kebolehjangkitan.

Memandangkan PKPB bermula dari 4 Mei yang lepas, keputusan samada kita dapat mengurangkan kes baru atau tidak hanya dapat diketahui pada 18 Mei 2020 kerana tempoh inkubasi Covid-19 adalah selama 14 hari.

Oleh itu, orang ramai diminta sentiasa mematuhi arahan KKM iaitu elakkan 3C dan amalkan 3W, iaitu :

C - Crowded space (tempat yang sesak)
C - Confined space (ruang yang tertutup)
C - Close conversation (percakapan dgn jarak yang dekat)

W - Wash (sentiasa basuh tangan dgn air dan sabun)
W - Wear (pakai topeng muka ketika berada di tempat awam)
W - Warn (sentiasa berjaga-jaga dan peka dengan amaran)

Stay safe, stay home

Hanim

1 comment:

  1. semoga ramai yang mematuhi arahan walaupun sekarang pkp dah longgar kan

    ReplyDelete

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.