Breaking

Thursday, May 14, 2020

PKPB 2 | 14 Mei 2020


Assalamualaikum! Menteri Keselamatan telah mengumumkan bahawa aktiviti ziarah-menziarahi untuk perayaan Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai dihadkan untuk hari pertama perayaan sahaja. 

Aktiviti merenteras negeri masih tidak dibenarkan, namun merentas daerah dibolehkan. Bagi yang ingin kepastian adakah Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor dikira sebagai negeri atau daerah, jawapannya ia dikira sebagai daerah maka pergerakan antara ketiga-tiga lokasi ini dibenarkan tanpa perlu memohon kebenaran dari pihak polis.

Semalam, Menteri Hal Ehwal Agama, Senator Datuk Dr. Zulkifli mengumumkan kebenaran bersolat secara berjemaah di masjid-masjid dan surau terpilih dalam zon hijau Covid-19 di Wilayah Persekutuan secara berperingkat mulai esok, Jumaat 15 Mei 2020, dengan bilangan jemaah minimum 3 orang tidak termasuk imam dan tidak melebihi 30 orang.


sumber : mstar



Selain Wilayah Persekutuan kebenaran bersolat jemaah turut melibatkan Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Kebenaran solat berjemaah ini termasuklah Solat Sunat Terawih dan Solat Sunat Hari Raya.

Bagi negeri-negeri lain, kebenaran adalah tertakluk di bawah Jabatan Agama Islam negeri masing-masing.

Tapi hanya JEMAAH LELAKI SAHAJA dibenarkan bersolat jemaah di masjid dan surau-surau terpilih buat masa ini.

Dalam pengumuman beliau semalam, jemaah lelaki masih perlu menjaga penjarakan sosial di dalam masjid dan surau, membawa hand-sanitizer dan memakai topeng muka. Selain itu, mereka perlu membawa sejadah sendiri

Mereka juga perlu beratur di pintu masuk masjid untuk diambil bacaan suhu sebelum dibenarkan masuk. Kawalan akan dibuat oleh pihak polis bagi melancarkan proses.

Bagi jemaah lelaki yang mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan warga emas tidak perlu pergi ke masjid buat masa ini. Mereka yang demam dan bergejala juga tidak boleh masuk

Mereka yang dibenarkan masuk ke dalam masjid tidak boleh berkumpul dan berborak selepas selesai solat berjemaah. Tapi perlu terus keluar dari masjid dan beredar pulang ke rumah.



Stay safe dan stay,


Hanim

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.