Breaking

Friday, May 15, 2020

PKPB 2 | 15 Mei 2020


Assalamualaikum! Kaedah norma baru yang dipraktikkan oleh hampir kesemua premis perniagaan bila pelanggan ingin masuk ke kedai antaranya ialah pelanggan perlu menulis nama, no. telefon dan suhu badan pada buku catatan yang telah disediakan.

Langkah ini bagi memudahkan pengesanan kebolehjangkitan Covid-19 kepada pelanggan yang keluar masuk sekiranya ada pesakit yang didapati positif Covid-19 telah berkunjung ke kedai yang sama.

sumber : FB Dr. Rizin Kusop


Aku sendiri pernah masuk ke dalam Speedmart dan ketika suhu badan diambil menggunakan digital thermal scanner, bacaannya adalah 35.5⁰C ...ya guys 35.5⁰C! Reaksi spontan aku menegur staf disitu yang terkejut dengan bacaan suhu agak rendah dari suhu badan manusia normal. Lalu aku discan sekali lagi dan baru lah suhu badanku 36.5⁰C.

Mana mungkin suhu badan yang normal boleh turun serendah 29.0⁰C (seperti dalam gambar atas) melainkan dia baru keluar dari peti sejuk. Pengurangan 0.5⁰C saja pun kita sudah boleh tahu jika kita demam atau sihat.

Jadi, jika anda pergi ke kedai dan suhu badan anda diambil pastikan ianya dalam lingkungan normal 36.5⁰C hingga 37.5⁰C melainkan anda demam atau tidak sihat. Kalau pelik bacaan tu, minta dia scan semula.



Bagi yang pergi berjemaah di masjid dan surau-surau terpilih, mereka perlu beringat dan wajib mematuhi peraturan ketat ketika berada di dalam masjid. Apa yang perlu kariah buat bila nak pergi masjid atau surau?

  1. Bawa sejadah sendiri dari rumah (jangan berkongsi sejadah dengan orang lain)
  2. Pakai topeng muka
  3. Bawa hand-sanitizer
  4. Sentiasa amalkan penjarakan sosial ketika berada dalam masjid
  5. Ambil wudhu siap-siap di rumah sebelum ke masjid
  6. Jangan bersalam dengan jemaah lain (bukan sombong tapi ikut peraturan)
  7. Jangan berkumpul ramai-ramai dan berborak pada jarak yang dekat
  8. Jika perlu bercakap, pastikan jarak 1 meter dan tidak lama
  9. Selesai solat terus keluar masjid dan pulang ke rumah masing-masing
  10. Tak perlu bawa anak kecil atau orang tua yang ada penyakit kronik (yang sihat pun dinasihatkan jangan buat masa ini)
  11. Balik rumah tukar pakaian dan basuh tangan sebelum menyentuh ahli keluarga

Moga segala urusan ibadah kita dipermudahkan. Bagi yang berpeluang berjemaah di masjid, gunakanlah peluang ini sebaiknya dan sentiasalah mematuhi peraturan yang ditetapkan. Kita perlu berdisplin jaga diri sendiri agar bila kita pulang ke rumah, kita tidak membawa pulang bersama virus Covid-19. Nauzubillahiminzalik!

Wallahualam.


Hanim

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.