Breaking

Wednesday, May 20, 2020

PKPB 2 | 20 Mei 2020


Assalamualaikum! Berita baik untuk team produksi dan para artis tanahair yang menantikan jawapan pasti tentang kebenaran untuk menjalankan penggambaran dalam tempoh PKPB ini. Hari ini, Datuk Seri Ismail Sabri memberikan kebenaran kepada syarikat produksi untuk membuat penggambaran drama atau filem bersyarat, iaitu mengikut peraturan seperti yang ditetapkan :


  • Perbincangan dan ujibakat dijalankan secara atas talian (online)
  • Sediakan rekod perjalanan untuk semua krew dan artis yang terlibat 4 minggu sebelum penggambaran bermula
  • Memastikan tidak lebih dari 20 orang berada di lokasi penggambaran
  • Syarikat produksi perlu melantik penyelia yang bertanggungjawab memastikan SOP dipatuhi di semua peringkat 
  • Bufet tidak dibenarkan, dan makanan perlu dibungkus satu-satu
  • Penata rias atau makeup artist perlu memakai face-shield ketika menyolek artis dan kerap cuci tangan sebelum dan selepas menata rias

sumber : MalaysiaKini

Selain itu, beliau menegaskan tiada scene bersentuhan dan pelakon perlu mengekalkan jarak sosial. Kebenaran penggambaran hanya akan bermula pada penghujung bulan Jun ini.

Sementara itu, KKM mengesahkan seorang wanita mengandung yang dijangkiti Covid-19 di Kelantan. Beliau telah balik kampung dari Ampang, iaitu zon merah. Beliau mengandung 35 minggu dan berhasrat untuk melahirkan anaknya di kampungnya, Kelantan. Siasatan masih dijalankan dan beliau telah dikuarantin dan dirawat.


sumber : harianmetro


Yang masih berdegil nak juga merentas negeri pulang ke kampung tu, fikirlah banyak kali sebelum buat. Sekarang ni yang kena Covid-19 kebanyakannya tak bergejala. Jadi, jangan risikokan mak ayah dan ahli keluarga yang lain di kampung hanya kerana nafsu kita nak balik beraya dengan diaorang. 

Yang penting, jagalah sama frontliners kita. Tak pasal-pasal diaorang pun positif disebabkan kedegilan kita. 

Kalau degil jugak.... tak tahu lah.

Stay safe, stay home


Hanim

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.