Breaking

Friday, May 22, 2020

PKPB 2 | 22 Mei 2020


Assalamualaikum! Hari ini kes baru Covid-19 meningkat sedikit dengan 78 kes dicatatkan berbanding 63 kes yang sembuh. Walaupun kerajaan membenarkan aktiviti ziarah-menziarahi pada hari raya pertama, tapi nasihat KKM pada orang ramai untuk sentiasa membuat penjarakan sosial dan elakkan dari bersalaman dan bersentuhan harus dipatuhi semua.

Larangan kebenaran merentas negeri telah berkuatkuasa semalam, maka tiada lagi kebenaran diberikan hatta kepada suami isteri yang duduk jauh. Beribu kenderaan diarah berpatah balik dan ada yang dikompaun, namun tetap berdegil untuk meneruskan perjalanan.

Paling menarik, semalam tiga orang penunggang basikal yang cuba merentas negeri dari Ampang ke Jelebu turut dikompaun dan diarah berpatah balik. Mereka bertiga gagal mengemukakan sebab munasabah dan tiada kebenaran dari polis untuk merentas negeri. Kalau kereta pun tak dibenarkan, basikal apatah lagi!




Dalam keseronokan kita nak membuat persediaan hari raya, hari ini seorang pegawai di Pejabat Perdana Menteri telah disahkan positif Covid-19. Justeru, semua ahli mesyuarat tersebut juga telah diarahkan untuk menjalani ujian saringan dan kuarantin di rumah masing-masing selama 14 hari termasuklah Perdana Menteri kita.

Tapi syukurlah PM kita disahkan negatif Covid-19. Maka, hanya perlu jalani kuarantin bermula hari ini. Moga Allah lindungi semua yang terlibat.

Pada kita yang masih berpeluang beraya ni, tolonglah ikut SOP yang ditetapkan oleh KKM. Janganlah kita mencabar undang-undang dengan sengaja melanggar segala peraturan. Walaupun tak dapat pulang ke kampung beraya, tapi kita masih bebas beraya di rumah sendiri bersama keluarga. 



Stay home so we can stop Covid-19 together,


Hanim

No comments:

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.