Breaking

Thursday, May 21, 2020

Rezeki Covid-19


Assalamualaikum! Memang tak dinafikan bila bermulanya PKP 18 Mac yang lalu, ramai peniaga buntu dan risau memikirkan macam mana la nak survive kalau kedai tak dapat dibuka dan perniagaan tak dapat beroperasi macam biasa.

Kalau pembeli risau mana nak cari barang kalau semua kedai tutup, penjual pun risau bagaimana nak jana pendapatan kalau tak dapat berniaga. Pendek kata, memang kehadiran Covid-19 ni lebih menyusahkan dari menyenangkan. Segala jenis perniagaan terbantut dan terjejas.

Bila kerajaan mengarahkan semua kedai dan jenis perniagaan ditutup dalam tempoh PKP 1 hingga PKP 4, para peniaga mula mencari alternatif lain dengan 'buka' kedai mereka secara atas talian atau online. Dan, ternyata pulangannya sungguh lumayan!


Aku sebagai pemerhati dan pembeli juga tidak ketinggalan 'memeriahkan' live video yang dibuat oleh para peniaga di Facebook. Macam-macam jenis produk yang mereka jual. Dari tudung bawal, kain pasang, kain pelikat, baju kelawar, gajet, barang permainan, barang bundle, kasut, blouse muslimah, baju kurung, baju melayu dan banyak lagi.

Lagipun, hari raya bakal menjelang dan peniaga mengambil peluang ini untuk cari pelanggan di alam maya mempromosikan produk masing-masing dengan kreativiti tersendiri. 





Menjual secara atas talian atau secara online lebih mudah dan laku keras berbanding yang walk-in ke kedai. Lagipun diaorang dapat skop pelanggan yang lebih luas dari seluruh negara. Bayangkan view diaorang boleh cecah ratus-ratus atau ribu-ribu sekali buat live!

Yang penting line internet kena laju, gambar kena clear dan presentation produk pada pelanggan menarik. Ada je seller yang tak berapa pandai nak 'pikat' pelanggan walaupun produk mereka menarik untuk dimiliki. Ada juga yang tak ikut kehendak pelanggan dan hanya jual 'syok sendiri'. 

Nak 'pikat' pelanggan ni cukup mudah, hanya buat contest suruh share video mereka di wall dan group FB dah boleh ada peluang menang hadiah cabutan bertuah. Kiranya win-win situation la kan, sambil kita 'cuci mata' tengok barang, boleh bantu mereka juga untuk dapatkan view lebih banyak.

Malahan, ada juga yang masih belum buka kedai walaupun sekarang telah dibenarkan dan lebih selesa berniaga secara online sehingga kini. 

Apapun, musim Covid-19 ni telah membuka peluang rezeki kepada peniaga-peniaga online. Pelanggan juga dapat memilih dan membeli barangan yang mereka nak dari pelbagai seller dan tak kisah membayar kos pos. 

Jadi, kita kenalah sentiasa bersyukur dan bersangka baik dengan perancangan Allah. Setiap orang tu telah ditetapkan rezeki untuk mereka. Dalam musibah terselit hikmah.

So tak da alasan untuk kita keluar rumah pergi shopping. Tak perlu angkut anak-anak kecil masuk kedai. Semuanya dihujung jari sekarang. Kita je yang kena bijak memilih.


Stay home, we can stop Covid-19,

Hanim

No comments:

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.