Breaking

Monday, June 29, 2020

Repeat Mee Udang Pak Leh!


Assalamualaikum! Last datang sini tahun 2015, masa tu pun kakak dan adik kecik comel lote lagi hehe. Kalau balik Perak, mesti cari mee udang. Pilihan kedai tu banyak, tapi kali ni kami repeat Mee Udang Port Weld lagi!

Sebenarnya, setiap kali balik Perak, suami akan bawa kami pergi melawat tempat dia membesar di Port Weld. Dimana sekolah ayahnya, di mana tadika ayahnya, di mana kedai arwah tokwan bawa ayahnya gi beli kasut dan macam-macam lagi cerita kenangan nostalgia zaman ayahnya kecik-kecik dulu.

Kedai mee udang Pak Leh ni terletak di depan tapak sekolah tadika suami. Sekarang yang tinggal hanyalah tiang tapak. Dah 5 tahun berlalu, keadaannya masih sama malah semak dan lalang semakin meninggi.



Macam biasa, pilihanku adalah mee udang. Ada RM8 dan RM15. Disebabkan kami baru je lepas melantak kari ikan sembilang kat kedai kawan suami sebelumnya, aku pilih yang RM8 je la. Janji dapat lepas hajat hehe.

Perbezaan mee udang 5 tahun lepas dengan sekarang, udang kali ni saiz biasa tak besar macam dulu. Cuma penuh selambak la udang dalam pinggan tu. Tu belum kira yang terselit dalam mee huhu.




Aku ngan suami je yang makan mee udang, anak-anak dah kekenyangan dengan kari ikan sembilang. Lepas tu, suami try pulak dia punya mee bandung tapi tak sempat nak ambil gambar sebab laju betul ayahnya suap ke mulut hehe.

Alhamdulillah dapat jugak merasa mee udang setelah beberapa tahun tak datang sini. Tak tahu lah lepas ni dapat merasa lagi ke tak.


6 comments:

  1. Nampak sedap dan menarik tu Nim...akak ni ntah bila nak buat JJCM..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kena ngan tekak kak, tu yang datang balik hehe

      Delete
  2. Kalau dah repeat..
    Sure sedap Tu ye hanim..

    ReplyDelete
  3. Balik raya nak pi cari la. Kedai mee udang kat sana biasanya ada jual laksa jugak. Kan??

    kalau ada laksa boleh la budak2 makan laksa. Kami makan mee udang. Budak2 ni tak makan mee udang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. laksa takdak kedai ni. Ada mee bandung. Suami pun suka makan laksa tapi kedai hat dia suka tu tak juai dah

      Delete

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.