Breaking

Friday, July 24, 2020

Bukan mudah nak handle seorang remaja!


Assalamualaikum! Bila aku ajak dia makan nasi, dia menolak. Katanya nak diet takmo makan nasi. Pastu aku diajaknya pergi berjogging di taman. Katanya aku dah makin gemuk, badan tak fit. Ibu kena eksais. Rasa nak nangis dengar ayat pedih menikam kalbu dia tu!

Aku memang terhibur dengan keletah dia tapi kadang-kadang akal dia memang boleh buat aku urut dada. 

Kebelakangan ni dia asyik tanya soalan boleh ke tidak dia nak tukar sekolah. Paling 'best', dia cakap nak tukar sekolah kat kampung! Awak dah kenapooooooo? Kalau takda isu kritikal memang ibu tak suka melayan permintaan mengarut awak ni.





Nak kata kena buli ngan kakak senior, dia siap ada kakak angkat lagi! Nak kata bergaduh tidak jugak. Nak kata kena dera ngan cikgu, jauh sekali. Sekolah tak sampai 4 bulan dah kena PKP hahaha. Lepas 4 bulan 'cuti' baru start sekolah balik.

Macam-macam la pe'el remaja sorang ni. Sapa nak jaga awak kat kampung tu? Baik Melaka atau Perak. Melainkan awak dapat tawaran masuk sekolah berasrama atau ibu kena tukar, barulah anak-anak ikut ibu bertukar. Kalau tak, awak duduk je la bawah ketiak ibu ni sampai masa awak 'dilepaskan' huhu.

1 comment:

  1. Hi , assalam sis .

    Memang urut dada nak didik anak . Lagi lagi anak gadis . Meningkat remaja lain pulak. Dah kahwin pun lain jugak peel nya. Moga kitaa dapat didik anak gadis kita dengan baik .

    jemput singgah kak .

    https://inlove-wanda.blogspot.com/2020/07/giveawaymylifealhamdulillah.html

    ReplyDelete

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.