Breaking

Wednesday, July 01, 2020

Durian Kampung Padang Rengas


Assalamualaikum! Sepanjang jalan sebelum nak masuk tol memang ada je orang jual durian tepi jalan. Dari Port Weld kami masuk jalan lama nak cari durian. Tapi akhirnya kenderaan kami berhenti di tepi jalan Batu 17, Padang Rengas.

Memang sekarang tengah musim durian, dan durian Batu Kurau menjadi pujaan penggemar-penggemar durian. Tapi durian pakcik ni yang jadi rezeki kami hari tu.


Waktu kami sampai, pakcik ni tengah solat Zohor. Makcik tu kata tunggu kejap, mana tau rezeki dapat diskaun hehe. Durian kampung ni sekilo RM10. Kami pilih 6 biji dan minta buka disitu untuk masukkan dalam tupperware. Maklumla, ada sorang budak tu tak suka bau durian. Dia punya anti sama itu durian sampai bau pun tak boleh haha.

Dalam 6 biji tu, dua biji isinya agak keras. Jadi pakcik ganti dengan dua biji yang baru. Alhamdulillah moga berkat rezeki pakcik meniaga. Sambil pakcik tu kopek, sambil tu kami makan seulas dua hehe.




Gigih dan kuat lagi pakcik ni meniaga. Usia pun dah 75 tahun. Boleh speaking London diknon. Ramah bercerita.



Terbaik durian kampung! Manis berlemak. Durian baru gugur so takda rasa 'gas'. Memang laju masuk mulut! hehe. Kot mana pun, durian kampung gak dicari. Enam biji durian kami bayar dengan harga hanya lima puluh ringgit! Memang puas makan tiga beranak.


Sebelum masuk dalam kereta, kami tiga beranak 'bedal' dulu durian kat situ. Pakcik tu kata, musim PKPP ni makan berhimpun tak dibenarkan lagi, kang kena saman. So kami makan cepat-cepat hehe.

Dah boleh tahu la kan siapa yang anti-durian tu hahaha. Memangla mulut dia bising nanti kalau bau durian dalam kereta. Lantakkan! haha.

1 comment:

  1. halamak sedapnya..

    Jemput join giveaway ejulz k. Tamat pada 15 JUL 2020.

    Giveaway by ejulz & mamapie

    ReplyDelete

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.