Breaking

Thursday, July 02, 2020

Jalan-jalan cari makan di Rembau lepas PKP


Assalamualaikum! Walaupun kita belum bebas sepenuhnya dari wabak Covid-19, tapi semua orang dah dibenarkan merentas negeri pulang ke kampung halaman. Aku pun tak lepaskan peluang ni bila PM umum rentas negeri dibenarkan hehe, tapi tak bolehlah balik on the spot kan. 

Aku dah nekad, benda pertama yang aku nak buat bila PKP berakhir ialah balik kampung. Apapun yang terjadi aku akan tetap 'panjat' Melaka hehe. Kesian mak dan abah berbulan-bulan menanti kepulangan anak. Dah la sepanjang PKP tu, semuanya abah yang uruskan sendiri. Walaupun abah sihat, tapi kudrat orang tua manala kuat sangat kan.




Soalan pertama aku tanya mak, "mak nak gi mane?". Mak jawab, "jom kita gi Rembau nak?" Memang dah agak itulah tempat mak nak pergi. Ada mak ajak abah gi Rembau sebelum puasa aritu, tapi abah dah tak sesuai memandu jauh. Jadi terpaksalah batalkan hasrat tu.

Takpe mak, kita gi Rembau ye. Itulah 'shopping mall' yang mak suka pergi kan. Mak nak cari rempah dan bahan-bahan masak kat pasar Pekan Rembau. Pastu kita gi makan kat Kendong.



Khusyuk mak pilih rempah. Rempah ni semua homemade, takda jual di pasaraya. Mak kalau datang sini, dia akan singgah setiap petak orang niaga tu dan beli apa je, janji mesti beli. Mungkin niat mak nak bantu makcik-makcik yang meniaga di situ. Padahal bukan takda sayur dan ulama-ulaman di Melaka hehe.

Tapi memang agak sunyi pun keadaan di pasar ni. Petak meniaga ni lagilah sunyi. Sedih pulak rasa tengok makcik-makcik di usia tua masih gigih mencari rezeki demi sesuap nasi. Ada yang aku tengok memang dah lanjut usia sungguh, dah bongkok! tapi masih jugak setia menanti pelanggan membeli barang disitu. 




Sebelum pergi makan tengahari kat Kendong, kami singgah satu gerai buah jual durian tepi jalan. Apo layi, makan doyan la hehe. Tapi aku makan seulas dua je, sebab 'bau' durian Padang Rengas haritu pun ado layi hehehe.

Mak dan abah la beria makan. Durian kampung ni dari Jelebu. Walaupun tak menepati selera abah, tapi dia makan jugak la, dah anak belanja kan haha.

Makan durian tak sampai 3 biji, tapi dia punya hongeh (sebu perut) tu sampai nak habiskan nasi sepinggan pun 'bercinta' hehe. Alhamdulillah, dapat jugak bawa mak abah jenjalan, terutama mak la kan. Sini je la tempat dia shopping barang yang dia suka. 

1 comment:

  1. teringat nk makan durian kt luar gitu. Xpegi2 g ni...haha

    ReplyDelete

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.