Breaking

Monday, July 06, 2020

Mira dapat 'kaki' baru!


Assalamualaikum! Mira punya pesen kalau kayuh basikal dia akan tekan pedal tu ke belakang. Boleh bayangkan la kan basikal tu gerak ke tak haha. Tapi tu dulu la, masa dia umur 2-3 tahun. Sekarang dah pandai kayuh ke depan hehe.

Tapi satu basikal yang dari dulu lagi dia takut nak naik ialah basikal ibu. Sebab basikal ibu besar dan tinggi. Hanya kakak yang 'lulus' naik basikal ni. Kesian Mira, hanya mampu duduk belakang je bila kakak dia atau aku mengayuh.





Bukan dia tak teringin nak naik basikal tu. Tapi dia punya 'gayat' tu kalau kita paksa pun takkan jadi. Basikal ibu besar sangat la, tempat duduk tinggi la, kaki tak sampai nak kayuh la, takut jatuh la bla bla bla bla. 

Natijahnya, memang tak dapat la naik basikal tu. Satu hari aku cakap, sekarang adik dah besar kaki dah panjang sikit. Adik kena kayuh sebelah kaki dulu, tangan kena control pemegang baru senang nak seimbangkan badan atas basikal tu. 



Tak sampai lima minit aku aku ajar, dia dah boleh kayuh sendiri! Haa kan boleh tu. Saje je kan nak mengada ngan ibu hehe. Lepas dari tu, basikal tu lah bff dia dari pagi sampai petang setiap hari. 

Sekarang lagi laju dia sampai kedai atok Mazlan tu haha. Kadang-kadang dia yang offer aku atau uwannya kalau nak beli barang. Dia sanggup jadi runner hari-hari hahaha.

Mujurlah masa nak balik KL aritu dia tak request nak bawa balik basikal. Kalau tak naya aku mana nak sumbat basikal dalam rumah tu huhu.

No comments:

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.