Breaking

Friday, July 03, 2020

Routine checkup mak


Assalamualaikum! Kebetulan masa kami balik mak kena pergi hospital jumpa doktor untuk tahu keputusan darah yang diambil bulan Mac aritu. Bulan Mac pun aku yang temankan mak pergi hospital amik darah. Mujurlah aku ada masa tu, boleh drive dan teman mak kat hospital.

Kalau aku takda, abah lah yang bawa mak. Bila aku ada, aku akan bawa dan abah boleh berehat di rumah. Abang dan kakak aku sibuk dengan kerja tak boleh balik apatah lagi waktu hari bekerja. 

Aku pulak waktu keje lebih fleksibel. Orang keje aku cuti, orang cuti aku keje haha. Sebab tu aku tak lepaskan peluang balik kampung setiap bulan. Takda duit, aku cari sampai ada. Balik naik bas pun takpa janji mesti sampai.



Baru-baru ni mak kena jumpa doktor untuk tahu keputusan ujian darah. Bila timbang berat mak turun 3kg which is alhamdulillah. Bila berat menurun, risiko penyakit tu kurang la kan. Ujian darah pun bagus alhamdulillah, cuma kena teruskan makan ubat macam biasa.

Next appointment bulan Disember pulak. Begitulah rutin setiap 6 bulan, kena pergi hospital amik darah dan jumpa doktor. Dalam usia emas macam mak ni, dapat bergerak dan berjalan elok pun dah seribu rahmat. Kaki tu kalau kuat, apa kerja pun mak boleh buat.

Moga mak diberikan kesihatan yang baik dan terhindar dari penyakit merbahaya...aaaminnn.

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.