Breaking

Tuesday, April 26, 2022

Throwback Mengandung - Kandunganku 50-50

 

Dua hari lepas dapat tahu pregnant, keluar spotting coklat sikit-sikit. Masa mengandung Mira pun sama gak keadaannya. So tak mikir sangat tapi risau tu ade la. Dua hari je spotting coklat, masuk pagi hari ketiga kuar lendir merah pulak macam period tu. Hati dah risau takut kena macam dua kali keguguran sebelum ni. Perut tak sakit sangat, cramp pun sikit-sikit je tapi bila bangun, duduk, ke tandas nak membuang lendir merah tu akan keluar.


Dalam hati dah syak kalau pendarahan ni memang ada risiko keguguran. Esok paginy aku ajak abg pergi Hospital Ampang buat scan tengok adakah baby dan kantung tu masih ada dalam rahim atau dah jatuh. Dah bersedia apa saja kemungkinan dan kalau boleh biarlah dia keluar sendiri macam dua kali gugur dulu.


Sampai kat Hospital Ampang, aku masuk kat PAC dulu. Disebabkan aku tak buat buku pink lagi, aku perlu buat upt sekali lagi. Bila disahkan positif, baru aku masuk bilik rawatan. Start aku tahu aku pregnant aku ada buat sedikit bacaan tentang pengalaman orang mengandung dan keguguran. Ye la dah 12 tahun aku tinggalkan dunia tu, kenala menelaah balik apa yang patut.




Hasil dari bacaan tu aku baru tau apa itu 'muncung itik' la, scan ikut bawah la, sebab masa aku mengandung 4 kali sebelum ni aku tak lalui tu semua. Scan pun kat perut je huhu.


So masuk bilik rawatan, aku baring atas katil dan doktor start tanya macam2 soalan. Bila first beranak, berapa kali czer, berapa kali normal, berapa anak hidup, berapa anak gugur, anak lahir cukup bulan ke, pernah buat pap smear ke. Takda buku pink gitu le agaknya.


Spotting bermula 5hb hingga 6hb. Kemudian hari ketiga keluar lendir merah pekat seperti period diikuti perut cramp tapi tidak kerap dan tidak sakit sangat. Tak pening kepala dan tak pitam. Rasa macam biasa.


Sebelum pergi hospital dua pad dengan darah sederhana penuh. Aku tak suka tunggu darah sampai bergenang dalam pad tu, belum penuh aku dah basuh dan ganti dengan pad baru. So bila doktor tanya berapa pad darah, aku jawab dua pad separuh penuh.


Aku ingatkan bila masuk bilik rawatan tu doktor nak scan je perut sebab aku nak tahu samada kantung ngan baby masih ada atau dah takda dalam rahim. Tapi bila doktor bawa keluar satu alat rupa macammmmm muncung itik....asssudah ni mesti muncung itik ni!


Tahu2 je la kalau muncung itik tu nak masuk kat mana kan huhu. Dengan penuh redha doktor masukkan muncung itik tu, masyaAllah ...haha orang yang dah merasainya saja yang tahu. Ada kata ok, aku kata tak selesa dan sakit sikit la. Alang-alang dah masuk muncung itik tu, doktor buat pap smear sekali.


sumber: google


Dah keluar muncung itik, tiba masa untuk doktor scan. Aku ingatkan, ok doktor nak scan perut, tapi bila doktor cakap nak scan kat bawah, aku cuak sekali lagi! Doktor cakap kali ni tak sakit macam tadi ye puan, saya janji. Sapa kataaaaaa! hehe. Doktor nak scan tengok boleh nampak kantung ke tak tapi doktor tak sure sebab kalau nampak pun macam kecik sangat lagi. Ye la, baru 8 minggu kan.


Aku ada tanya gak kenapa doktor tak scan kat perut. Doktor cakap kandungan masih awal kalau scan perut pun tak nampak. Lepas tu, doktor suh aku naik tingkat 4 buat scan sekali lagi. Kali ni aku merasa scan kat perut dan scan kat bawah sekali lagi huhu. Betul apa yang doktor cakap, scan di perut tak nampak. Scan di bawah tak sure pulak. Lalu dia panggil doktor bos untuk confirmkan dan kena scan bawah kali ketiga.


Akhirnya doktor bos cakap biasanya kalau berlaku pendarahan ni memang ada risiko kearah keguguran. Tapi kandungan awak ni 50-50, nak kata gugur pun tidak nak kata tak gugur pun tidak. Kemungkinan bleeding awak ni normal sebab ada kes bleeding tapi lepas dua minggu janin elok masih ada. Jadi kita akan buat appointment untuk awak datang lagi dua minggu untuk cek sekali lagi. Tapi jika dalam tempoh dua minggu ni awak keluar darah fresh yang luar biasa banyak, rasa nak pitam, keluar darah ketul-ketul cepat-cepat datang hospital bawa darah ketulan (jangan flush atau buang) tu untuk kita confirmkan. Selepas itu kita scan balik untuk tentukan samada perlu cuci atau tidak. Kalau perlu dnc, awak kena warded la kita bagi cuti seminggu. Kalau rahim dah kosong bersih awak boleh rehat dirumah je.


Aku tak tau nak rasa apa time tu. Gembira ke, sedih ke, tapi redha walau apapun keputusannya. Inilah kali pertama aku alami kes sebegini.


Nak tak nak kena balik dan tunggu dalam dua minggu.




No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.