Breaking

Tuesday, April 19, 2022

Throwback Mengandung

 

Assalamualaikum! Tak tahu nak mulakan macam mana. Walaupun dah dua tahun ia berlalu, tapi kadang-kadang tu teringat juga. Nak kata teringin nak mencuba untuk pregnant semula, aku dah tak letak harapan. Maklumla, anak-anak pun dah besar dan aku dah nak hampir cecah 40.


Cuma aku tak pernah cerita pasal benda ni pada sapa-sapa pun. Aku belum bersedia. Ditambah dengan berita pemergian arwah ibu mertua dan arwah abah dalam tahun yang sama, aku nekad untuk mendiamkan diri.


Selepas dua tahun, aku lebih tenang untuk berkongsi cerita dan memori tentang kandunganku yang berusia 8 minggu waktu itu. So aku mula selongkar balik galeri gambar untuk cari gambar aku disahkan positif mengandung. Tapi sayang ... aku tak sempat tangkap gambar pun! Dia punya terkejut tu sampai tahap lupa nak amik gambar huhu. 


Memang tak terjangka, tak terfikir ia akan hadir dalam rahimku ini ... apatah lagi masa tu aku dah 37 tahun. Orang kata mengandung di usia lebih dari 35 tahun banyak risikonya. Namun kita tawakal pada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.


Mengimbau kembali insiden 12 tahun lalu, bukan sekali tapi dua kali menjadikan aku trauma yang bukan sedikit. Setahun 3 bulan usia Mira, aku disahkan mengandung lagi, namun pada usia kandunganku menjangkau 2 bulan aku keguguran. Dua bulan kemudian aku disahkan mengandung lagi, namun kali ini hanya mampu bertahan selama 6 minggu saja.


Kecewa bukan kepalang. Kedua-dua insiden itu berlaku dalam tahun yang sama. Traumaku bukan setakat disitu saja. Ada sekali tu aku sangka aku mengandung sebab dah lebih sebulan tak datang period. Bila buat test keputusan negatif. Kecewa lagi. Selepas itu, aku berhenti berharap.


sumber : google


Aku tidak mengambil sebarang pil perancang atau apa-apa kaedah selama 12 tahun ini tapi tidak juga cuba untuk TTC. Tapi semua itu kuasa Allah kan. Bila kita terlalu berharap bulan demi bulan, tahun demi tahun tapi kalau Allah kata belum masanya lagi, maka siapalah kita nak persoalkan takdirNya.


Tidak mahu lagi berharap, biarlah masa dan takdir yang menentukan. Andai ada rezeki untuk daku menimang cahaya mata lagi, takkan aku menolak. Dan bila Allah kata kun fayakun, maka jadila ia. 


Walaupun aku ragu-ragu pada mulanya untuk buat test sendiri, tapi naluri ibu ini kuat mengatakan ada sesuatu dalam rahimku yang sedang membesar, maka aku kuatkan semangat juga pergi beli dan test. Maka, pagi 4/2/2020 urin pertama dititis tiga kali.


Alhamdulillah syukur sangat bila line kedua tu jelas kelihatan. Tiada ungkapan selain alhamdulillah. Beli pregnancy test kit pun yang paling murah hanya RM4.90 di Watsons. Dan aku hanya buat sekali je test ni, terang dan jelas so tak perlu second opinion lagi dah.


Lepas buat test aku tak pergi klinik terus, ingat nak tunggu 10 weeks macam tu baru pergi...



No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.