Breaking

Tuesday, January 03, 2023

Celup Kaki Di Pantai Puteri

 

Hujung tahun tak tahu nak bawak anak-anak kemana, jadi disinilah destinasi kami pada hari terakhir 2022. Tarikan negeri Hang Tuah ni bukan setakat asam pedasnya, tapi pantainya yang cantik.  

Kali ni kami pergi Pantai Kundor atau sekarang dikenali sebagai Pantai Puteri. Inilah kali pertama kami jejakkan kaki disini, dan serius kat sini lebih cantik dari Klebang!

Pantai Puteri ni tak jauh pun dari Klebang. Memula jumpa Klebang, pas 2km dah boleh nampak persisiran Pantai Puteri. Sedikit info tentang Pantai Puteri ni, ia terletak di Melaka Tengah bermakna tak jauh dari bandar. Dari kampung kami cuma 40 minit je itupun sebab jalan jem. Kalau tak jem, mungkin 20 minit dah sampai.

Yang bestnya, kat sini ada baaaaanyak deretan kedai makan. Kena pandai pilih je yang mana sedap, tapi kami tak singgah makan pun. Sebab target kami cuma nak jalan-jalan celup kaki di Pantai Puteri :p





Kami sampai sini dalam pukul 6pm. Waktu ni memang syok orang mandi-mandi sekeluarga. Cuaca pulak elok berangin dalam seminggu ni. Tak panas asyik mendung je. Kat Klebang tak boleh nak main air sangat tapi kat sini sepanjang-panjang tepi pantai ni mesti ada orang berendam dalam air.

Kat laut kita boleh nampak kapal-kapal besar dan pelabuhan. Yang best tu, ada batu-batu besar yang boleh kita duduk atau naik atas untuk bergambar.





Pemandangan disini bertambah cantik bila sunset. Waktu ni, aku tengok ramai yang keluarkan phone untuk tangkap gambar matahari nak terbenam termasuklah aku dan anak-anak2 hehe. Subhanallah .... cantik sungguh kan.




Dapat celup kaki dalam air pun jadilah. Ketenangan dan kelembutan pasir tu memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Rasa ringan sekejap badan dan otak ni. Tenang rasa jiwa bila air laut menyentuh kaki. Damai rasa hati mendengar deruan ombak menyapu pantai.





Dah puas main air, tak sah lah kalau tak bergambar dengan kakak dan adik. Kami singgah pulak kat batu besar ni sebelum balik. Alhamdulillah tahun 2022 kita lalui dengan penuh kesabaran walaupun banyak sangat ujian datang. Syukur yang teramat kerana Allah masih beri kesempatan untuk kita lalui kehidupan untuk tahun 2023. 


Buat kakak dan adik, besar dah anak-anak ibu. Moga korang diberikan nikmat kesihatan dan kebijaksanaan dalam mengharungi cabaran hidup ini. Ibu dah bawak jalan-jalan pantai ni, moga korang boleh jawab dengan cemerlang exam nanti ye haha.


Bestlah datang sini. Next time nak bawak mak pulak  .... ;) 

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.