Breaking

Thursday, May 04, 2023

Suka Duka Ramadan 2023

 

Jujur aku cakap Ramadan tahun ini aku diduga dengan ujian tak henti-henti. Tapi lepas semuanya selesai dan keadaan kembali normal, aku baru sedar yang aku tak cukup bersyukur dengan ujian yang Allah bagi ni. Maha Benar bila Allah berfirman terlalu sedikit dari mereka yang bersyukur. 


Dalam kedukaan masih ada nikmat yang Allah berikan padaku. Walaupun tahun ni aku dah ditakdirkan beraya di pejabat tapi alhamdulillah dapat menyambut awal Ramadan bersama mak. Dua hari yang sangat bermakna walaupun masa sangat cepat berlalu. Selama dua hari tu jugak aku penuhkan meja dengan makanan bazar. Apa yang mak teringin nak makan aku belikan.


Yang dukanya, disebabkan aku tak dapat cuti raya tahun ni maka aku tak dapat nak masak-masak dengan mak pada hari mantai seperti sebelum ni. Dengan kata lain mak kena masak sorang😭Mujurlah mak memahami situasi kerja aku yang tak menentu ni. Aku cakap mak jangan masak kalau tak larat. Tunggu anim balik baru kita masak sama-sama.




Balik dari kampung, beberapa hari lepas tu kereta aku buat hal pulak. Tak boleh start enjin pulak dohhhh! Dah la dia buat hal time aku nak pergi amik anak sekolah. Terpaksa aku tempah Grab dari KL ke PJ! Terbang lagi tiga ratus untuk bateri baru. Terima kasih kat adik Grab yang tolong dari awal sampai akhir. 

Kalau ikutkan hati memang sedih sebab duit tu nak guna tuk benda lain, tapi lega juga sebab masa bateri kereta buat hal aku masih ada duit lagi dalam simpanan. 



Tapi peristiwa yang ni paling dahsyat pernah aku alami selama aku hidup. Biasanya aku yang last kunci pintu. Tapi hari tu aku gi buang sampah, pastu terus masuk kereta. So anak aku la yang kuncikan pintu. Sampai sekolah dah bersalam cium segala si anak pun masuk ke dalam sekolah.


Yang aku pun drive balik ke rumah dengan senang hati. Dalam kepala dah terbayang plan nak sambung buat popia simpul, nak baring2 rehat sebelum keluar balik tengaharinya amik anak. Jam menunjukkan pukul 7.30 pagi.

Dimatikan enjin dan nak amik kunci dalam kereta. Aikk mana kunci ni? Habis satu kereta aku selongkar. Tapi kunci tak berjumpa. Rupa2nya si anak terbawak pergi sekolah. Lupa nak letak dalam kereta sebelum keluar kereta. Kunci spare dalam rumah!

Maka berpishang la aku kena 'sidai' di luar rumah selama lebih 4 jam😂 Nak marah pun tak guna. Nak gelak pun ada tapi aku lebih kepada termenung main telefon selama empat jam tu haha.




Antara kenangan manis aku di tahun 2023 ni, impian untuk memiliki sebuah air fryer tercapai bila aku menang cabutan dalam satu kontes di fb. Memang aku tak jangka boleh dapat sebenarnya, sebab yang join kontes ni ramai ye. Tapi mata tu dah melekat kat kotak air fryer😂 Alhamdulillah rezeki anak-anak.

Tapi lepas tu aku diuji lagi. Dalam bulan Ramadan jugak aku kena maki dan difitnah ketika bertugas. Bayangkan kau diherdik dan ditengking dalam telefon sehingga kau terpaksa menjauhkan gagang telefon dari telinga. Aku pun tak tahu la dari mana datangnya kesabaran aku malam tu😂 Dah la aku tak habis cakap lagi dia terus letak gagang. Aku call balik nak cakap ngan dia tapi orang lain angkat. Ingat aku tak berani call balik ke. Aku tanya nama dia sapa, tak berani pulak dia bagitau.

Last-last aku jumpa pengarah terus. Aku ceritakan dari A sampai Z. Rupanya dia terkenal dengan reputasi suka maki hamun orang, aku je yang baru tau😂 Ingatkan aku mangsa pertama, rupanya ramai lagi yang dah kena ngan dia. Nokharommmm punya perangai. Aku cerita biar ada rekod, walaupun sampai ke hari ni aku tak tahu samada tindakan dah diambil atau tiada.




Tempahan popia simpul tahun ni alhamdulillah syukur seadanya. Tahun 2021 aku tak buat sebab masih bersedih atas pemergian arwah abah dan langsung takda mood. Tahun 2022 aku start buat balik atas permintaan pelanggan yang biasa beli dengan aku. Tapi terlalu banyak sampai aku kepenatan dan terkejar-kejar nak siapkan.

So tahun ni aku plan nak amik sedikit sahaja dan oleh sebab itu aku senyap tak iklankan dimana-mana. Pelanggan tanya baru aku jawab. So yang mana tahu, tahulah. Tapi aku jadi serba salah bila ramai yang nak order aku terpaksa tolak. Jadi sedihla sebab diaorang nak sangat tapi aku tak dapat tunaikan. Aku hanya mampu minta maaf bila jadi camni.

Walaupun tempahan tak banyak, tapi cabaran nak menyiapkannya cukup tinggi. Ikan payah nak jumpa. Kulit popia habis dimana-mana. Ye la, bulan Ramadan memang dua barang ni terlajak laris! Berhari-hari aku nunggu stok ikan tapi yang sampai semuanya besar jari tengah. 

Namun, akhirnya semua dapat disiapkan ikut jadual. Alhamdulillah ...

Bila dikenang balik semua yang terjadi ni dan hikmah disebaliknya, aku tetap bersyukur masih dikurniakan rezeki dan peluang untuk menikmat hari raya dan hari-hari seterusnya. Terima kasih ya Allah diatas segala ujian dan nikmat yang Engkau berikan, moga aku diberikan kekuatan untuk menghadapi ujianMu di masa akan datang...aamiinn!


No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.