Dah lama kami berempat tak outing bersama. Selalunya, aku dan anak-anak je keluar bersama. Ayahnya kalau suh masuk mall atau tempat yang ramai orang, awal-awal dia tolak. Tambah kalau yang kena jalan kaki jauh hehe.
Kitaorang nak luangkan masa bersama tak kira tempat. Dalam mall boleh, dalam ekspo boleh. Tapi kalini ayahnya ajak healing di sungai. Wow! pucuk dicita ulam mendatang la kami bertiga. Mana boleh tolak kalau namanya sungai kan. Ada satu tempat yang kami belum pernah sampai, so ayahnya kata jom kita pergi!
Tempatnya tak jauh pun dari KL, rasanya lebih dekat berbanding Sungai Congkak. Sebenarnya, ada dua tempat rekreasi kat sini, iaitu Sungai Kanching dan Templer Park. Disebabkan Sungai Kancing dah penuh orang, so kami masuk Templer Park. Seawal jam 8 pagi kami dah sampai. Mujur kat sini tak ramai orang lagi.
Makanan kami bawa roti canai dan air mineral je. Sebab fokus bukan nak makan sangat pun hehe. Kakak dan adik sampai-sampai je terus buat 'site visit' cari lighting untuk bergambar. Itu je la kejenye dua orang budak tu.
Sebab kami awal sampai, dapat port baik punya bawah pokok. Tapi pagi-pagi macam ni kena stenbai spray nyamuk ye. Kalau tak darah kita 'dikendurikannya'! Walaupun masing2 datang bawak baju tambahan tapi sebenarnya bukan nak mandi sangat pun hehe. Kami lebih kepada nak duduk berendam dalam air sungai yang sejuk sambil main air duduk atas batu.
Anak-anak dah besar ni, diaorang pun malu2 nak mandi beria. Lainla masa kecil dulu, siap dibelikan baju mandi khas.
Dalam pukul 10 lebih macam tu, pengunjung sikit-sikit memenuhi ruang untuk berpiknik. Tapi masih selesa la untuk berendam. Walaupun airnya cetek, arusnya agak laju ya. Aku kadang-kadang toleh ke belakang nak pastikan tiada 'kepala air' yang tiba-tiba muncul. Faham-faham je la, insiden berkaitan dibawa arus kepala air ni banyak sangat kita baca dalam berita.Sungai yang tenang jangan disangka tidak akan berombak!
Ada satu benda kelakar terjadi kat aku sebenarnya. Waktu kami jalan-jalan menelusuri anak sungai, aku pakai selipar sebab batu-batu kecil dia agak menyakitkan kaki jugak la haha. Bila pakai selipar tu selesa la nak pinjam dalam air. Tengah dok berjalan angkat kaki tu, tetiba sebelah selipar aku tertanggal dan dibawa arus. Deras pulak tu!
Cik suami pun ape lagi, berlari meredah sungai demi nak dapatkan balik selipar aku haha. Selipar tu dah ke depan dalam 20 kaki jugak la, bayangkan cik suami lari dengan kaki ayam dalam air. Aduhhhhh sakit tu kena batu kecil😖
Dipendekkan cerita, dapat jugak selipar tu balik. Memula rasa macam alah biarlah, selipar je pun. Tapi cakap balik kat cik suami, selipar tu banyak jasa eh hahaha. Terus dia lari kejar. Kalau aku memang redha je la dibawa arus huhu.
Mujur situ takda orang. Memang gelak la masing-masing. Beria kejar redah arus pijak batu demi nak menyelamatkan sebelah selipar. Bukan takat ralat nak 'lepaskan' selipar tu tapi sebenarnya kalau boleh tak nak jadi penyumbang kepada pencemaran sungai.
Aku jumpa mainan plastik kanak-kanak yang tersangkut di celah batu. Lama-lama dia jadi sampah yang menyakitkan mata. Botol plastik jangan cakap la, ada satu dua yang aku jumpa.
Oleh itu, bila kita bawa anak kecil bersama toys diaorang, sentiasa la beringat untuk pastikan mainan anak kita tak dihanyutkan air sungai. Simpan la sampah masing-masing dan buang dalam tong sampah. Tak rasa bersalah ke campak botol air terus ke dalam sungai?? tak ke rasa diri tu jahat bila buat macam tu?
No comments:
Post a Comment