Breaking

Tuesday, May 14, 2024

Harga Tak Sama? Apa Nak Buat?

 

Aku perasan tahun ni KPDN negeri banyak buat intipan dan serbuan ke atas kedai-kedai dan pasaraya yang melakukan kesalahan berkaitan dengan banyak perkara seperti tidak mempamerkan tanda harga, menjual barang subsidi pada harga mahal, menyorokkan barang subsidi dan banyak lagi.


Aku ucapkan syabas kepada pasukan KPDN negeri yang berkongsi video TT tentang bagaimana mereka melakukan intipan dan seterusnya menyerbu kedai-kedai yang disyaki melanggar peraturan. Memang puas hati hehe.


Baru-baru ni, aku ke sebuah pasaraya untuk beli pasir kucing. Macam biasa sebelum ambil aku cek harga di rak dulu. Dah pasti itu harganya, aku bawa ke kaunter untuk bayar. Bila mamat tu scan dia keluar harga tak sama macam di rak. Mahal seringgit!


Lalu aku tegur, dik kat rak harga dia RM9.90. Mamat tu pun tanpa cakap apa-apa terus keluar kaunter dan menuju ke rak pasir kucing. Kemudian dia datang balik dan mengesahkan bahawa harga di rak itu adalah harga untuk pasir kucing yang aku ambil tadi. Lalu tanpa banyak soal, dia swipe kad dia balik untuk reset harga pada RM9.90.



Perkara sebegini memang banyak kali terjadi dimana-mana kedai ye. Selalu sangat mereka rajin tukar harga di mesin tapi malas tukar harga di rak! Kalau  kena dekat orang yang tak pandai nak fight, memang burn macam tu je la duit kita ye.


Beza seringgit kot!! Sedangkan kita tak cukup lima sen pun diaorang tak bagi lepas ...betul tak? Dah kenapa kita nak kena bermurah hati lebihkan seringgit untuk diaorang? 


Ada juga pekedai yang bila aku argue kenapa harga tak sama dengan yang discan? Alasannya tak sempat update. Oooo kat mesin sempat tukar, kat rak tak sempat tukar. Cantik muka kau! Aku sound terus cashier tu, ni pekerja ramai2 dalam kedai buat ape? jadi patung?? ha terdiam terus.


Dengan aku jangan bagi jawapan kurang bijak a.k.a bodo. Kalau kau bos, kau kuli, kau susun barang, kau buat checklist dan kau jadi cashier mungkin itu masuk akal.


So terpulanglah pada kita nak buat macam mana. Kalau boleh, jangan senyap atau mengalah bila perkara sebegini berlaku. Bagitau diaorang tentang perbezaan harga dan kalau ikut peraturan kita berhak minta harga seperti di rak walaupun bila scan harganya tak sama. Selalulah dapatkan tips untuk jadi pengguna yang bijak daripada video-video KPDN di TT tu.


Ok!



No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.