Breaking

Showing posts with label Barang Bundle. Show all posts
Showing posts with label Barang Bundle. Show all posts

Saturday, December 24, 2022

Saturday, December 24, 2022

Jiwa Bundle

 

Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Begitulah kalau dah diajar dari kecik suka pada bundle, sampai ke remaja masuk bundle je la. Di zaman yang serba mencabar kewangan ni, kami jarang masuk kedai baju baru tapi selalu masuk bundle


Ayahnya kata ada satu kedai baju bundle kat Bandar Utama, boleh la kalau kita nak pergi tengok-tengok baju kot ada yang berkenan di hati. Yang diaorang ni apa lagi, melompat la bila ayahnya ajak gi bundle😂


Kedai bundle 2nd Street Bundle Shop ni agak besar jugak, ruang dalam dia luas dan pelanggan boleh pilih baju dengan selesa tanpa perlu berlaga bahu atau badan. Ada tiga seksyen iaitu lelaki, wanita dan kanak-kanak. Aku tengok omputih pun ada yang datang beli baju di sini. Ada bangku untuk duduk kalau dah penat mencari baju.







Anak-anak pilih baju le apa lagi. Banyak juga pilihan kat sini, especially kalau yang suka warna terang. Selain baju, ada kasut, backpack, sling bag, beg tangan, beg tote, seluar jeans, seluar slack, tali pinggang dan aksesori.


Harga pun ok, masih boleh dapat baju dengan harga RM5 dari kedai yang deko dia urban macam ni memang berbaloi la. Tengok je la atas kaunter tu baju kakak dan adik je yang banyak. Aku punya 1 helai seluar hehe. Ada 7 helai semuanya. Baru RM35! 





Setel beli jiwa anak-anak. Kadang-kadang tu aku geram gak beli baju pastu bila nak pakai kalau dah hari-hari pergi sekolah. Katanya takpe simpan nanti nak keluar lagi boleh pakai baju tu. Ye la....

Thursday, January 12, 2017

Thursday, January 12, 2017

Bundle | Tali Pinggang Kulit Levis


Assalamualaikum!


Pergi mana-mana, tak sah kalau tak masuk kedai bundle. Balik Melaka pun sama, kedai bundle kat Duyong tepi jalan tu memang dah jadi port wajib dia 'cuci' mata. Hari tu dia 'menyelam' dalam almari dan terjumpalah tali pinggang idaman hati! hehe.

Macam-macam jenis tali pinggang kulit dok ada dalam almari tu. Berkunci ok! menandakan harga dia bukan sa ringgit, bukan puluh ringgit tapi ratus ringgit wooo! Dan tali pinggang kat situ original kulit koleksi rare mungkin berusia puluhan tahun berdasarkan rekabentuk dan keadaan kulitnya.



Thursday, January 05, 2017

Thursday, January 05, 2017

Kasut Bundle Melaka | Cari Kasut Di Fit Well Bundle


Assalamualaikum!


Misi pencarian kasut bundle diteruskan dan kali ni di Melaka! Baju yang diidam dah dapat, topi yang diidam dah dapat. Tali pinggang ... haaaa tali pinggang rare kulit original vintage Pak Jelan beli, korang tau harga dia berapa? Bukan sepuloh ringgit, bukan lima puluh ringgit ok! Nak nangis rasanya kalau tau harga dia tapi memang berbaloi la. Yang tu nanti aku cerita hari lain k 😉.

So, hari tu kitaorang jalan-jalan sekitar bandar Melaka lepas berjimba main air di Pantai Klebang. Nama je kampung kat Melaka, tapi itulah kali pertama aku dan keluarga jejakkan kaki di Pantai Klebang hehe. Yang tu pun nanti aku cerita lagi k.



Balik dari Klebang, lalu depan Banda Hilir. Sekali Mira tegur,"eh kasut bundle ..!" Pak Jelan kan telinga sensitif, mana boleh dengar perkataan bundle ni, terus naik 'sheikh' la dia haha. Terus dia pusing stereng masuk simpang dan parking depan kedai tu.

Selalu layan baju ngan seluar je kan, kali ni Pak Jelan nak cari kasut pulak. Biasanya kitaorang layan bundle kat Duyong tu je, ni dah terjumpa satu lagi kat bandar, haruslah 'menjamu' mata. Kot-kot ada yang berkenan dihati dan kena pula dengan harganya ..why not!







Macam-macam jenis kasut ada kat sini. Kasut bola, kasut sukan, sneakers lelaki dan perempuan, kasut jalan, kasut sarung, kasut bertali, kasut kulit, but koboi blablabla. Rambang gak mata Pak Jelan tengok, aku dah naik risau dah hehehe ...











sedang menerai. Kaler dah sama dah dengan kasut sendiri,
 tapi saiz pulak tak ngam! hehe

boring duduk saje sebab kasut budak takda *sujudsyukur*


Harga kasut kat sini kira berpatutan juga la kalau kena dengan taste kita. Aku suka susun atur dalam kedai ni, teratur dan selesa. Ruang dia luas dan deko simple je. Kasut yang diidam Pak Jelan pun dah dapat. 


Van of The Wall




So, kalau korang ada di Melaka bolehla singgah kat Fit Well Bundle ni 😉 

Monday, December 26, 2016

Monday, December 26, 2016

Menerjah E-Bundle, Temerloh!


Assalamualaikum!


Di satu hari yang cerah, kami sekeluarga membuat keputusan untuk masuk negeri Pahang negeri kelahiran kakak dan adik untuk berjalan-jalan sambil makan angin. Lebih tepat lagi, kami ke Temerloh! Bukan untuk makan ikan patin, bukan untuk pergi berjalan-jalan mandi air terjun. Tapi kami ke sana semata-mata nak layan B.U.N.D.L.E!!😂

Walaupun alasannya barangkali tak masuk dek akal ... hahaha. Ye la, macam la kat KL dan Selangor ni takda kedai bundle kan. Tapi apakan daya, kalau dah ada peminatnya dalam keluarga ni, bundle di Korea pun boleh sampai yop! heeee😁


kasut sukan berjenama

kasut sukan

Thursday, September 15, 2016

Thursday, September 15, 2016

'Cuci Mata' Kat Sasuke Outlet


Assalamualaikum!


Ada satu kedai bundle baru beroperasi dekat ngan umah kami. Kedai bundle yang ni lain sikit dari yang biasa kami masuk. Kedai lain pasang kipas tapi Sasuke Outlet ni ada air-cond uollsss hehehe. 

Mula beroperasi pada 29 Julai yang lepas, Sasuke Outlet menjual baju-baju bundle dari kanak-kanak hinggalah dewasa. Lain benar konsep kedai bundle ni. Tak macam kedai bundle yang lain, aku masuk mesti bau 'bundle'. Tapi yang ni takda bau pulak heeee :p


pintu masuk

Thursday, September 01, 2016

Thursday, September 01, 2016

Layan Kasut Bundle Seksyen 18 Shah Alam


Assalamualaikum!


Beginilah kalau berjodoh dengan peminat barang bundle tegar. Kalau mata tu dah terpandang benda dia suka, dalam gelap pun dia boleh nampak! Kalau tak baju seluar bundle, kasut bundle la kesukaan dia. Walaupun hanya sekadar 'cuci mata' tapi tu pun dah ok :)


Tuesday, December 29, 2015

Tuesday, December 29, 2015

Pengalaman Meniaga Carboot Sale!


Assalamualaikum!


Dulu, aku pernah tolong mak jual nasi lemak dan kuih muih semasa kami tinggal di Bandar Tun Razak. Aku juga ada tolong jualkan simpul kasih kepunyaan kak ipar ikut tempahan. Dan, sekarang aku mula berkecimpung pulak dalam dunia carboot sale!

Amende carboot sale ni? Aku nak jelaskan pun tak reti ... tapi rasanya ramai yang tahu dah kan hehe. Semuanya bermula bila Pak Jelan ikut kawan dia meniaga di Kota Damansara ni. Masa tu tolong tolong kawan aje ... lama-lama jadi seronok pulak! Pak Jelan pulak menunjukkan kesungguhan yang tinggi waktu tu untuk berniaga, maka kawan ni pun tolong supply barang/baju dan suruh Pak Jelan buka tapak dan cuba jual sendiri. 


Wednesday, November 18, 2015

Wednesday, November 18, 2015

Bundle Walt Disney!


Assalamualaikum!


Korang penggemar bundle? Haaa kalau korang penggemar bundle, hari ni aku nak kongsikan baju tshirt bundle Walt Disney dari luar negara!

Orang kata baju bundle ni tak bersih, bekas orang pakai dan macam-macam lagi. Walau pun baju second-hand tapi bundle juga ada yang berkualiti dan rare

Jangan tak tahu, ada juga penggemar bundle yang suka kumpul tshirt rare atau keluaran terhad eksklusif dari luar negara. Dulu aku pun pandang rendah pada baju bundle, sampaikan kalau baju tu harganya cecah ratus aku mula persoalkan ... kenapa mahal sangat, walhal second-hand je pun?? Rupanya, bundle pun ada kategorinya yang tersendiri. Dari segi kualiti kain, jahitan dan dari mana ia dikeluarkan! Baju bundle harga RM5 takkan sama kualitinya dengan baju bundle harga RM45. Memang ada beza dari segi kualiti kain, corak dan jenis jahitan. Kalau jahit tangan, lagi tinggi harganya.

Di bawah ni aku kongsikan tshirt bundle Walt Disney dan Mountain Dew dari luar negara. Baju-baju ni suami aku jual, dan harganya tak sama dengan baju tshirt bundle yang RM5 sehelai tu. Yang ni mengikut jenis kain, keluaran dari mana dan dan keasliannya, means bukan made in china la ye hehe ....










Kain sedap lembut memang berbeza dengan tshirt bundle yang RM5 tu. Kalau korang peminat karakter Walt Disney dan tshirt bundle rare macam ni, nak beli boleh PM aku di SINI hehe ...


Thursday, December 11, 2014

Thursday, December 11, 2014

Jaket Jeans Bundle!


Assalamualaikum!


Shopping is the best therapy ... setuju? hehe. Bila berdua aje duduk umah pun jadi satu kebosanan yang bisa mengganggu zahir dan batin. Nak gi jejauh kena fikir bajet pulok, so dekat-dekat umah je la yang boleh pun ... asalkan tak melengung dalam umah.

Shopping kat mana? Alaaaa kedai bundle la mane lagi .... situ je yang serasi ngan jiwa kami laki bini haha. Situ mesra pelanggan, mesra dompet dan mesra bajet ... kualiti pun cenggini ((tunjuk jari bagus))! ekekekee :D


Monday, November 10, 2014

Monday, November 10, 2014

Panjang Lebar!


Assalamualaikum!




Dulu saiz 29 ....

Lepas 8 tahun dan melalui 2 proses kelahiran kini ada 'anjakan paradigma' sikit pada saiz pinggang ni hehe. Aahh...! beza cuma beberapa inci je ponnnn!

Monday, September 01, 2014

Monday, September 01, 2014

Fikir Banyak Kali Sebelum Pakai!


Assalamualaikum!




Haaa pernah dengar peribahasa 'Alah membeli menang memakai'? Kali ni aku olah jadi 'Gatal membeli tapi tak pakai!' hahaha. Baju skirt ni aku beli kat kedai bundle sebelum puasa aritu! Kali pertama tengok, terus jatuh cinta! Harga pun muraaaaaah sesangat, cuma RM5 untuk yang kaler pink dan RM10 untuk yang baldu tu!

Wednesday, May 14, 2014

Wednesday, May 14, 2014

Beg Butterfly


Assalamualaikum!




Lama dah beg ni tak nampak 'batang hidung' hehe. Dok terperap dalam almari baju tu, sebab zip dia dah koyak hari tu. Ganas sangat tuannya kan, sapa lagi kalau bukan aku huhu.

Petang semalam, singgah kedai Meei Mei, terpikat pulak pada satu beg tu. Harga RM19.90 je, lupa plak nak amik gambar. Berkenan sungguh aku!

Monday, April 21, 2014

Monday, April 21, 2014

Shopping Bundle


Assalamualaikum!

Dalam family, Pak Jelan adalah seorang 'kaki bundle' tegar! Dari zaman bujang sampai la dah ber-anak dua dia tetap dengan 'fesyen' bundlenya. 

Kalau masuk dalam kedai baju branded atau yang jual baju-baju baru, memang suuuuuuusah nak tengok dia membeli barang sehelai dua baju atau seluar. Tengok je la baju yang dia pakai malam tu, tu baju bundle tu!


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.